Maut selepas kereta terlanggar pembahagi jalan
Oleh – Syeikh Baran

Seorang lelaki terbunuh selepas kenderaan yang dipandunya melanggar pembahagi jalan di Kilometer 311.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata kenderaan jenis Honda Civic itu dipercayai terbabas sebelum terlanggar pembahagi jalan.
“Terdapat seorang mangsa lelaki yang berumur 35 tahun telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sayani berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.29 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas itu.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya selepas operasi mengeluarkannya selesai,” katannya.