Anwar Ibrahim calon PM terbaik untuk rakyat
Punyai personaliti yang rakyat mahukan selepas 3 PM gagal
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara calon PM paling popular dan dikatakan menjadi pilihan rakyat pada PRU15.
Figura politik ini sinonim dengan slogan ‘Reformasi’ selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
The High Court eventually handed down its decision in April 1999, sentencing Anwar to six years’ imprisonment for corruption and sodomy. Two months later, he was sentenced to nine years’ imprisonment for sodomy, which he was ordered to serve after completing his six-year sentence for corruption. – Wikipedia Anwar Ibrahim
Perjalanan politik Anwar Ibrahim agak unik kerana beliau pernah bermusuh dengan Mahathir tetapi memilih untuk bersama dengannya pada 2018.
Lebih mengejutkan apabila Anwar mempertahankan Mahathir dan menyifatkan apa yang berlaku antara mereka ‘HANYA LUKA KECIL’
“Soal transisi saya sudah ulang. Pertama, bukan terletak kepada Port Dickson (Anwar) dan Langkawi (Dr Mahathir). Ini soal perjanjian yang telah ditermeterai pada 7 Januari 2018, ditandatangan oleh semua pimpinan (PH) tapi tidak ditandatangani Presiden UMNO. – Anwar Ibrahim – Sinar Harian
Bagaimanapun, selepas kegagalan peralihan kuasa dilakukan semasa PH memerintah, hubungan Anwar-Mahathir kembali bergolak. Anwar mendakwa perjanjian peralihann kuasa telah dimeterai oleh semua pemimpin PH pada 2018.
IMPIAN 34 TAHUN BAKAL JADI NYATA UNTUK ANWAR IBRAHIM
Impian selama 34 tahun Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sudah hampir pasti boleh direalisasikan pada PRU15 kelak. Beliau telah membuktikan kekentalannya dalam arena politik dan bukan hanya bersandar kepada populariti semata.
Rakyat tentu masih ingat Anwar begitu berani berjanji akan menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam mengambil alih jawatan PM. Malah, Anwar mempunyai banyak idea untuk diterjemahkan demi kepentingan rakyat dengan bantuan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sarat dengan pelbagai formula.
Sejak 2018 sehingga hari ini, negara menyaksikan 3 Perdana Menteri dilantik dalam tempoh 4 tahun selepas Pakatan Harapan menang PRU14.
Sebaliknya, Anwar dengan sabar menunggu masa sesuai untuk tampil menjadi ‘Hero Penyelamat’ rakyat yang kini semakin faham apa itu ekonomi dan kestabilan politik yang memainkan peranann besar terhadap pembangunan negara.
Anwar dilihat sebagai calon paling sesuai untuk diberikan peluang mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat selepas 3 PM gagal memenuhi aspirasi rakyat.
Tidak mustahil jika Anwar diberikan peluang, beliau mampu menjadi lebih baik dari Mahathir, Muhyiddin mahupun Ismail Sabri.
Pakatan Harapan masih berkira-kira samada mahu kekal sebagai gabungan sediada atau bekerjasama dengan pihak lain bagi menghadapi PRU15 telah bersetuju menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN
Baca juga
- Keluarga Malaysia masih wujud selepas PRU15?
- Azmin Ali bertanding di Shah Alam
- PM akan kekalkan Menteri Umno dalam kabinat baru?