Tauke pub, isteri edar syabu dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Tauke pub, isteri edar syabu dicekup
Mohamed Usuf (tengah) ketika sidang akhbar tangkapan dan rampasan dadah di IPK Pulau Pinang, hari ini.

Seorang tauke pub bersama isteri dan rakan mereka diberkas selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu di lokasi berasingan di pusat bandar ini, Khamis lalu.

Dalam operasi terancang yang dijalankan sehingga Jumaat lalu itu, rampasan ke semua syabu seberat 9,310 gram adalah bernilai RM307,230.



Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata, tauke pub terbabit ditahan dalam serbuan pertama di kawasan parkir sebuah pasar raya di Tanjung Tokong dan merampas lima paket ketulan kristal seberat 5.17 kilogram bernilai RM170,610.

“Hasil soal siasat dan dipandu arah oleh suspek, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di kawasan Gelugor dan menahan isteri suspek (tauke pub) dan merampas empat paket ketulan kristal seberat 4.14 kilogram bernilai RM136,620.

“Polis kemudiannya menyerbu sebuah lagi rumah di Gelugor dan menahan seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek pertama dan disyaki ahli sindiket pengedaran dadah sama.

“Bagaimanapun, tiada dadah dirampas bersama suspek ketiga,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.



Menurutnya, tiga suspek warga tempatan berusia 36 hingga 41 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah untuk pasaran di sekitar negeri ini sejak Februari lalu.

“Kesemua suspek direman sehingga 21 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button