Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Ibarat usai bidok berlalu, maka kiambang akan bertaut semula.
Sudah pasti akar umbi dan pemimpin akar umbi UMNO di seluruh negara menyambut berita baik ini dengan penuh kesyukuran.
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi menjelaskan, UMNO tidak akan mempunyai apa-apa masalah dengan Ismail Sabri.
Namun sekiranya beliau kembali mendengar suara akar umbi dan bersetuju membubarkan parlimen pada tahun ini.
Huluran tangan presiden UMNO disambut oleh Ismail Sabri yang juga merupakan Perdana Menteri dengan memberikan komitmen bahawa parlimen akan dibubarkan dengan segera.
Dan khabar terbaru menyatakan kepimpinan tertinggi BN sudah menerima senarai nama calon yang akan bertanding di PRU 15.
Pihak kami juga dimaklumkan, terdapat 11 orang ahli parlimen UMNO yang dikategorikan sebagai kluster Putrajaya UMNO tidak dicalonkan semula.
Penulis melihat tindakan itu sebagai tindakan mengotakan janji oleh presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO.
Dalam Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti yang diadakan baru-baru ini, presiden UMNO berjanji akan membuat pembersihan besar-besaran di dalam parti UMNO.
Menurut beliau, semua musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan bangkai tikus yang ada di dalam kolam UMNO akan dibersihkan dalam waktu terdekat.
Golongan itulah yang sering dikatakan sering memberikan nasihat yang salah atau ‘bisikan syaitan’ kepada Ismail Sabri sehingga menimbulkan kemarahan akar umbi kepada beliau.
Golongan ini cuba berselindung di sebalik bayang-bayang Ismail Sabri agar identiti mereka tidak dikenali.
Mereka tidak peduli sekiranya Ismail Sabri dikecam rakyat dan akar umbi kerana terlena dengan ‘bisikan syaitan’ yang mereka berikan.
Yang penting, rakyat tidak tahu siapa yang membuat ‘bisikan syaitan’ tersebut dan identiti mereka tidak akan terdedah.
Tetapi ibarat bangkai gajah yang hendak ditutup dengan sehelai daun, akhirnya akar umbi dan kepimpinan parti dapat mengenalpasti mereka.
Mereka WAJIB disingkirkan supaya siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri selepas PRU 15, tidak akan terlena lagi dengan ‘bisikan syaitan’.
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?