Gempa bumi: Orang ramai terperangkap



Gempa bumi: Orang ramai terperangkap

Gempa bumi: Orang ramai terperangkap
Anggota bomba sedang mencari mangsa yang terperangkap dalam bangunan kediaman yang runtuh berikutan gempa bumi di perbandaran Yuli di Daerah Hualien, timur Taiwan. – Foto AP

TAIPEI: Gempa bumi kuat melanda tenggara Taiwan, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga bangunan dan jalan raya di sebuah bandar kecil, runtuh tetapi ahli kaji cuaca berkata, tiada ancaman tsunami.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, ia berlaku kira-kira 50 kilometer (km) di utara bandar Taitung pada kedalaman 10km, pada jam 2.44 petang.

Kekuatan awalnya 7.2 magnitud tetapi USGS kemudian menurunkannya kepada 6.9 dengan beberapa gempa susulan turut direkodkan.



Agensi Meteorologi Jepun dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami sejurus gempa bumi, tetapi kedua-duanya kemudian berkata, tiada lagi ancaman gelombang tinggi.

Gempa bumi: Orang ramai terperangkap

Gempa bumi: Orang ramai terperangkap

Gempa bumi: Orang ramai terperangkap

Bangunan dua tingkat yang turut menempatkan kedai di tingkat bawah di Yuli, Taiwan, runtuh.

Rakaman video disiarkan Agensi Berita Pusat Taiwan menunjukkan penduduk panik berlari ke arah bangunan terbabit.

Jabatan bomba Hualien berkata, empat mangsa yang terperangkap dalam bangunan itu diselamatkan, selain dua bangunan lagi turut runtuh tetapi tiada orang terperangkap manakala dua jambatan berhampiran runtuh dan dua lagi rosak.



Pentadbiran Kereta Api Taiwan berkata, sebuah kereta api tergelincir di stesen Dongli di Hualien selepas dilanggar konkrit daripada struktur yang terjejas akibat gempa bumi.

Katanya, 20 penumpang diselamatkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Gambar disiarkan CNA menunjukkan enam gerabak kereta api itu senget di stesen.

Gegaran turut dirasai di Taipei dan bandar barat daya Kaohsiung, dengan penduduk menyiarkan video candelier dan lukisan bergoyang di media sosial.



Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menerusi entri di Facebook menggesa orang ramai berwaspada terhadap gegaran susulan, dalam beberapa jam akan datang.

“Bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan juga terjejas akibat gempa bumi. Kerja bantuan bencana yang berkaitan sedang giat dijalankan,” katanya. – AFP

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15

Gempa bumi: Orang ramai terperangkap

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker