Pegawai kerajaan ditahan SPRM kes lantik syarikat saudara

KOTA KINABALU – Seorang pegawai jabatan kerajaan di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik saudaranya untuk pembekalan makanan bernilai hampir RM43,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan.

Sumber memaklumkan, suspek disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik saudaranya untuk perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya, tiga tahun lalu.



“Program berkenaan sekitar Mac hingga October 2019 membabitkan nilai hampir RM43,000,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kakitangan awam berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat,” katanya.

© Berita Harian 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button