PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
Besar kemungkinan, PRU 15 akan diadakan sekitar bulan November 2022.
Sumber dalaman dari kem Ismail Sabri memaklumkan, sekiranya YDP Agong perkenan untuk bubarkan parlimen dan tiada darurat bencana alam diisytiharkan, PRU 15 akan diadakan pada 11/11/22.
Namun sudah hampir pasti, sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan, Ismail Sabri akan mengadap YDP Agong untuk memohon supaya parlimen dibubarkan.
Seperti yang diduga, perkhabaran ini dengan segera diserang oleh pihak Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Portal milik PAN melapurkan Rafizi sebagai berkata Pakatan Harapan akan menumpukan persediaan menghadapi banjir dan tidak ikut UMNO gila hendak mengadakan PRU15.
Baca di sini:
Rafizi berkata:
“2 kejadian banjir besar di Sri Muda (2021) dan Baling (tahun ini) tidak pun terkesan kepada pimpinan UMNO”.
“Apatah lagi untuk menginsafkan mereka bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan”.
Soalan penulis kepada Rafizi, adakah beliau sendiri pergi membantu mangsa banjir, terutamanya ketika banjir besar di Sri Muda?
Sikap Ahli Politik PH Dan PN Yang Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Rakyat
Sekiranya Rafizi hendak tahu sama ada Pemuda UMNO ada turun membantu atau tidak, sila lihat infografik di atas.
Namun untuk lapuran lebih lanjut, sila baca di sini:
Dan sikap sebenar parti di dalam Pakatan Harapan sudah dimaklumi oleh rakyat dalam kejadian ‘hijacked’ usaha yang dilakukan oleh NGO untuk membantu mangsa banjir.
Mereka tergamak mengambil kesempatan dari kesempitan kehidupan rakyat semata-mata untuk mendapatkan ‘political mileage’.
Manakala PAS yang mewakili Perikatan Nasional pula menyeru supaya kerajaan tidak mengadakan PRU 15 di musim tengkujuh.
Hujah PAS ini adalah kerana keadaan dan kesukaran rakyat ketika itu mestilah dipertimbangkan.
Baca di sini:
https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/18/elak-pru15-di-musim-tengkujuh/
Mari kita lihat bagaimana pemimpin Perikatan Nasional ‘membantu’ rakyat ketika dilanda bencana alam.
Video berdurasi 1:02 saat adalah bukti betapa gigihnya pemimpin Perikatan Nasional ‘membantu’ rakyat yang ditimpa musibah.
Manakala ‘keikhlasan’ mereka jelas terpapar dalam aksi selama 1:19 saat lakunan Rina Harun yang menyebabkan nama beliau tersohor ke seluruh dunia.
Yang dibimbangi PH dan PN sebenarnya bukanlah keselamatan dan nyawa rakyat.
Tetapi mereka tahu, sekiranya PRU 15 diadakan pada bulan November, dan tempat tertentu di landa banjir, BN yang selama ini menjuarai dalam membantu rakyat akan mendapat mandat besar.
Sudah Terbukti BN Akan Bersama Rakyat Ketika Susah Dan Senang
Tidak boleh dinafikan, jentera BN di seluruh negara tidak hanya bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya.
Tetapi apabila rakyat ditimpa musibah, kumpulan pertama yang akan menghulurkan tangan untuk membantu adalah jentera BN.
Sekiranya ditakdirkan banjir berlaku semasa PRU 15, rakyat tidak merasa janggal untuk menerima bantuan dari jentera BN.
Ini adalah kerana rakyat sudah biasa dan mengenali jentera BN di kawasan mereka.
Tetapi jentera PH dan PN pasti akan merasa janggal kerana selama ini ketika rakyat dilanda musibah, kelibat mereka tidak kelihatan.
Tetapi ketika musibah melanda di musim pilihanraya, tiba-tiba muncul wajah-wajah yang asing kepada rakyat tempatan untuk kononnya menghulurkan bantuan.
Satu perkara yang PH dan PN lupa, pengundi sekarang sudah tidak lagi boleh diperdaya dengan janji-janji manis.
Pengundi akan menilai sesebuah parti berdasarkan kepada apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
Lagi pun tidak ada apa yang hendak dirisaukan sangat kerana Jabatan Meteorologi meramalkan banjir akan berlaku di penghujung November 2022.
Baca di sini:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/09/05/metmalaysia-ramal-banjir-besar-penghujung-november-2022/
PRU 15 dijangka akan dilakukan pada awal atau pertengahan November 2022.
Sebaik sahaja kerajaan baharu yang kukuh dibentuk, maka seluruh tenaga boleh ditumpukan kepada menghadapi musim banjir tanpa ada gangguan politik.
PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?