TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir

BATU PAHAT: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, dekat sini, hari ini, menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyampaian bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sukarelawan Southern Volunteers.

Selain itu, katanya, mangsa banjir juga menerima bantuan RM1,000 untuk setiap keluarga daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.



Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di PPS berkenaan menurun kepada 164 orang setakat 8 malam ini, berbanding 194 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu ialah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button