Tunku Panglima Johor ketiga keseluruhan GT Australia



JOHOR BAHRU: Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia dengan mengumpul 105 mata.

Kenyataan Royal Press Office hari ini memaklumkan Tunku Panglima Johor mempamerkan prestasi baik dalam pusingan ketiga Cabaran Dunia GT Australia di Litar Sandown, Melbourne yang melabuhkan tirai semalam.

“Tunku Abdul Rahman bersama rakan sepasukan Shane Van Gisbergen telah merangkul kemenangan dalam perlumbaan pertama (pada Sabtu) dengan pemanduan cemerlang walaupun dalam cuaca hujan dan bertarung sengit sebelum mengakhiri perlumbaan kedua (semalam) di tempat ketiga,” menurut kenyataan itu.

Pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia dari 14 hingga 16 Oktober ini.



BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker