Wanita diusir suami dan mentua selepas anaknya dirogol

Wanita diusir suami dan mentua selepas anaknya dirogol

Wanita diusir suami dan mentua selepas anaknya dirogol
AKTIVIS dan orang ramai menyertai demonstrasi membantah serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Jakarta, pada 8 Mac lalu. – AP

KOTA BATU: Seorang ibu kepada lima orang anak diusir dari rumah oleh suami dan ibu mentuanya selepas dia membuat laporan polis berikutan anaknya dirogol oleh suaminya.
Advertisement

Anaknya yang dirogol itu merupakan hasil perkahwinan dengan suami pertama sebelum dia dikurniakan empat lagi cahaya mata dengan suami terkini.

Selepas dihalau dari rumah, wanita tersebut yang berusia 37 tahun tinggal di sebuah bilik sewa bersama lima anaknya dengan yang paling kecil berusia lima tahun.



Wanita itu menceritakan, dia berkahwin dengan suami keduanya ini sejak tujuh tahun lalu dan sepanjang perkahwinan, dia sering dikasari suaminya sehingga takut untuk membuat laporan polis.

“Banyak gigi saya sudah patah kerana sering dipukul oleh suami dan saya berasa takut untuk membuat laporan ke pihak berkuasa kerana bimbang akan dipukul lebih teruk.

“Namun, kesabaran saya akhirnya memuncak apabila anak sulung saya menjadi mangsa rogol suami sendiri. Apa salah anak saya sehingga dia diperlakukan begitu?” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas wanita tersebut, anaknya diperkosa suaminya selama empat tahun sejak mangsa berusia 12 tahun.



Kes itu hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya bahawa dia sering dicabul dan dirogol oleh bapa tirinya ketika tiada orang di rumah atau waktu malam.

Sehubungan itu, wanita tersebut membuat laporan polis terhadap suaminya pada 24 Ogos lalu, namun terpaksa menarik balik laporan itu selepas ditekan keluarga suaminya.

Lebih parah, tidak lama kemudian, wanita itu diusir dari rumah oleh suami dan mentuanya.

“Jiran tetangga banyak membantu saya dan anak-anak. Mereka sering menghulurkan duit belanja dan makanan kepada kami.



“Saya mahu segera mendapat kerja bagi menampung keperluan anak-anak, terutamanya persekolahan mereka,” ujarnya.

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Wanita diusir suami dan mentua selepas anaknya dirogol

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button