Perjanjian 789 – Muhyiddin mahu jawatan TPM

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Perjanjian 789 - Muhyiddin mahu jawatan TPM

 



Datuk Dr Najmil FaizMohamed Aris mengesahkan kewujudan kandungan “Perjanjian 789” ada menyatakan Muhyiddin mahu jawatan TPM.

Ini sesuatu yang mengejutkan kerana kandungan sebenar nombor 7,8 dan 9 tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. Apa yang dinyatakan, ‘Perjanjian Persefahaman’ itu adalah prosedur biasa bila berlaku peralihan kuasa.

Saksi kepada ‘Perjanjian Persefahaman’ tersebut, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak mengulas apabila kandungan perjanjian didedahkan.

Beliau memberi kenyataan tersebut melalui kenyataannya di media sosial susulan respon terhadap kritikan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.



Dekat sini kita dah nampak yang Presiden BERSATU sendiri kata Menterinya gagal tanpa sedari. Itu pun ada hati nak jadi TPM. – Datuk Najmil Faiz Aris

Najmil secara tidak langsung mendedahkan perkara 7,8 dan 9 dalam perjanjian persefahaman antara Muhyiddin dan Ismail Sabri yang masih menjadi misteri kepada umum.

Muhyiddin menerusi kenyataannya mengkritik Ismail Sabri dan menyifatkan beliau telah gagal menjalankan tugas sebagai PM.

Presiden PPBM itu turut menyarankan agar Ismail Sabri membubarkan Parlimen.

Ini bagi membolehkan Pilihanraya Umum dilaksanakan untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang lebih baik.



Selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara-MPN, Muhyiddin juga sebenarnya gagal menjalankan tugas dengan baik. Malah, sehingga hari ini, Muhyiddin masih gagal membentangkan penyata terperinci perbelanjaan mencecah RM600 billion semasa proklamasi darurat dikuatkuasakan.

Najmil menerusi kenyataannya juga mendesak agar Muhyiddin meletakkan jawatan selaku Pengerusi MPN dan berkata MPN sudah tidak relevan berikutan negara telah memasuki fasa endemik.

 



Adakah Muhyiddin akan tampil menafikan apa yang didedahkan Dr Najmil mengenai hasratnya untuk menjadi TPM?

Ada teori menyatakan serangan Muhyiddin terhadap Ismail Sabri hanyalah ‘lakonan’ untuk membantu menaikkan imej Keluarga Malaysia.

Benarkah? Hanya mereka ada jawapan dan rakyat menjadi pemerhati setiap ‘permainan politik’ yang dipentaskan.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button