Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN

Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN

Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN

Setiap kali pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil atau pilihanraya negeri, mahu pun pilihanraya umum, masalah yang sering dihadapi ialah untuk mendapatkan undi pengundi atas pagar.

Pengundi atas pagar mempunyai peranan yang sangat penting dalam menentukan kemenangan atau kekalahan seseorang calon atau parti politik yang bertanding.



Perangkaan terkini menunjukkan jumlah pengundi atas pagar adalah seramai 12.6 juta orang atau 58% dari jumlah 21.1 juta pengundi berdaftar.

Mereka adalah ‘king maker’ yang sebenar di dalam pilihanraya.

Baca di sini:

https://premium.sinarharian.com.my/article/190127/mediasi-kritis/analisis/perebutan-12-juta-pengundi-atas-pagar-kini-bermula



Golongan mana yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar?

Mereka adalah rakyat yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Rekod Perkhidmatan Kepada Rakyat

Undi akan mereka berikan berdasarkan kepada sejarah perkhidmatan dan manifesto pilihanraya.

Pengundi atas pagar pula terbahagi kepada beberapa kategori:



  1. Pengundi di bandar
  2. Pengundi bukan Melayu
  3. Pengundi muda

Masalah yang mesti diselesaikan oleh Barisan Nasional ialah, mengapakah Barisan Nasional semakin hari semakin dijauhi oleh pengundi atas pagar?

Sudah dinyatakan di atas faktor pertama yang akan menarik undi pengundi atas pagar adalah rekod perkhidmatan sesuatu parti kepada rakyat.

Golongan ini adalah golongan ‘no-nonsense’ dan akan sentiasa melihat kepada fakta dan bukannya spekulasi dan retorik.

Berbanding dengan parti politik lain, Barisan Nasional mempunyai rekod perkhidmatan selama 61 tahun yang cemerlang, apakah fakta ini masih tidak meyakinkan mereka?



Manifesto Pilihanraya

Faktor kedua adalah manifesto pilihanraya.

Sekali lagi Barisan Nasional mempunyai rekod yang cemerlang dalam menunaikan manifesto pilihanraya berbanding gabungan parti politik yang lain.

Tetapi mengapakah Barisan Nasional masih lagi gagal untuk menarik undi mereka?

Dalam menjawab soalan yang pertama dan kedua, pengundi atas pagar sememangnya mengakui kebolehan Barisan Nasional dalam mentadbir negara dengan baik.



Secara perbandingan, pencapaian Barisan Nasional dalam kedua-dua aspek jauh lebih cemerlang berbanding Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Ini sudah mereka lalui dan sememangnya mereka mengakuinya.

Namun, ada 2 perkara yang mereka ingin Barisan Nasional lakukan sebelum mereka berikan undi kepada Barisan Nasional, terutamanya di dalam PRU 15:

Warlord Yang Sudah Terlalu Lama Mendominasi Politik Tanah Air

Ini adalah sebab utama mengapa mereka masih keberatan untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional, terutamanya UMNO.



Bagi pengundi atas pagar, masa untuk ‘warlord’ politik bermaharajalela di atas pentas politik sudah berlalu.

Mereka merasa terlalu mual dengan gelagat dan kerakusan ‘warlord’ yang hanya mementingkan karier politik masing-masing.

Pertukaran 3 kerajaan dan 3 Perdana Menteri dalam satu penggal pentadbiran membuatkan golongan ini sudah tidak boleh menerima kehadiran warlord dalam dunia politik tanahair.

Bagi mereka, ‘enough is enough, stop all the nonsense’.

Pemimpin dipilih untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan untuk memastikan survivor karier politik peribadi serta mengkayakan diri sendiri serta kroni.

Mereka mual dengan lakonan dan ucapan hipokrit warlord politik.

Mengapa Barisan Nasional boleh mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya negeri Melaka dan Johor?

Itulah fakta yang telah mereka terjemahkan di dalam peti undi.

Untuk UMNO, suka penulis ingatkan, seluruh perhatian pengundi atas pagar terarah kepada tindakan yang akan UMNO ambil terhadap ‘warlord’ dalam mesyuarat MKT UMNO akan datang.

Golongan ini mahu melihat sejauh mana ketegasan presiden UMNO dalam mengotakan janji beliau untuk membersihkan UMNO dari bangkai tikus yang bergelimpangan dalam kolam UMNO.

Apakah ianya akan hanya tinggal janji atau ianya akan ditepati.

Bagi pengundi atas pagar, tidak ada gunanya mengemukakan calon muka baharu tetapi parti masih dikuasai ‘warlord’ politik.

Ianya tidak akan mengubah apa-apa kerana ADUN dan Ahli Parlimen masih lagi di bawah pengaruh kepimpinan parti.

Negara Ini Bukan Milik Golongan Elit, Tetapi Milik Rakyat

Perkara kedua yang membuatkan pengundi atas pagar tidak mahu memberikan undi kepada Barisan Nasional ialah apabila melihat politik UMNO dikuasai hanya oleh segelintir golongan elit.

Lebih memburukkan keadaan apabila Barisan Nasional dikatakan akan mencalonkan salah seorang kerabat sebagai calon dalam PRU 15 yang akan datang.

Sedangkan apabila diberikan peluang untuk mengaggotai badan eksekutif, beliau terbukti gagal.

Atas kapasiti apa beliau mahu dicalonkan?

Atas kapasiti rekod pencapaian atau atas kapasiti status kedudukan beliau?

Golongan ini berpendapat, apakah negara ini hanya dimiliki oleh golongan elit?

Barisan Nasional terutamanya UMNO mesti tegas menyelesaikan kedua-dua isu yang menghalang dari mendapat undi pengundi atas pagar.

Ingat, mereka tidak hanya mendengar apa yang pemimpin katakan, tetapi mereka juga melihat apa yang pemimpin lakukan.

Mengapakah Rafizi masih lagi mendapat sokongan?

Berikan apa yang mereka mahu dan pasti mereka akan berikan apa yang Barisan Nasional mahu.

Ingat, mereka adalah ‘king maker’ yang sebenarnya dalam pilihanraya.

 

Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading