Tekong PATI maut ditembak ketika serang PGA di sempadan negara

PASIR MAS: Seorang lelaki warga asing dipercayai tekong yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI ) mati akibat terkena tembakan ketika cuba menyerang anggota keselamatan dalam kejadian di pangkalan haram berhampiran Jeram Perdah, di sini, jam 1.40 awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata ketika kejadian anggota daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) terserempak sekumpulan PATI sedang menyeberang sungai dari Thailand ke Malaysia.

Katanya, anggota kemudian cuba menahan kumpulan berkenaan sebelum suspek yang berusia lingkungan 30 an, dengan tiba-tiba bertindak agresif dengan menyerang anggota menggunakan parang.



“Anggota terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah sisi kiri suspek untuk mempertahankan diri daripada serangan berkenaan. Dia kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas ( HPM) untuk mendapatkan rawatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button