Ernie Zakri ‘Update’ Perkembangan Khawla Soleha
"Banyak Cakap, Semua Benda Nak Digigit,” - Genap 7 Bulan
Ernie Zakri ‘Update’ Perkembangan Khawla Soleha
Sejak bergelar ibu pada Februari lalu, penyanyi Ernie Zakri sering berkongsikan perkembangan terkini anak sulungnya, Nur Khawla Soleha buat tatapan pengikut laman sosialnya.
Terbaharu, Ernie atau nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, memuat naik gambar terkini anaknya yang genap berusia tujuh bulan pada Khamis menerusi menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, Khawla kini sudah semakin ‘banyak cakap’ selain memasuki fasa mengigit semua benda yang dijumpainya.
“Hari ini anak Soleha Daddy Ibu masuk tujuh bulan.
“Banyak cakap… semua benda nak digigit. Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayang dia,” tulis Ernie di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen juga, rata-rata netizen dan rakan artis ‘geram’ dengan kecomelan Khawla yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan ibunya.
“Comelnya Khawlaaaa,” tulis pelakon Catriona Ross.
“Omeiiii,” titip penyanyi Wany Hasrita.
“Mini Ernie.
“Ernie Zakri Junior, cute!
“Nampak muka ibu dia laa,” komen beberapa netizen.
Ernie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Foto: Instagram Ernie Zakri
Ernie Zakri ‘Update’ Perkembangan Khawla Soleha
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :