Gol lewat Majer tumbangkan Denmark

Zagreb: Pemain gantian Croatia, Lovro Majer menjaringkan gol di lewat perlawanan ketika mereka menewaskan Denmark 2-1 hari ini untuk mendahului Kumpulan 1 Liga Negara-Negara.

Gol kemenangan itu hadir dua minit selepas ketua pasukan pelawat, Christian Eriksen menjaringkan gol penyamaan.

Selepas menewaskan Denmark di Copenhagen Jun lalu, Croatia mengulangi kejayaan berkenaan untuk memperoleh 10 mata selepas lima perlawanan.



Mereka satu mata di depan Denmark dan dalam usaha untuk mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara jika muncul juara kumpulan.

Peluang terbaik Croatia pada separuh masa pertama hadir daripada sepakan sudut pada minit ke-26 namun tandukan Mateo Kovacic tidak berjaya menemui sasaran.

Eriksen hampir meletakkan Denmark di depan pada minit ke-39, apabila melepaskan rembatan deras dengan kaki kiri sehingga memaksa Dominik Livakovic terpaksa bertindak tangkas.

Pemain pertahanan Borna Sosa membuka tirai jaringan empat minit selepas separuh masa kedua bermula.



Walaupun serangan Denmark tersasar hampir sepanjang aksi, detik keajaiban dari Eriksen kelihatan mereka bersedia untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas pemain itu melakukan rembatan cantik pada minit ke-77.

Kelegaan itu hanya seketika apabila Majer, yang menggantikan Mateo Kovacic selepas jaringan Eriksen, mengambil bola di tepi kotak penalti dan melepasi penjaga gol, Kasper Schmeichel.

Dengan kedua-dua pasukan memberi fokus kepada Piala Dunia di Qatar, pengurus Denmark, Kasper Hjulmand mempunyai tugas yang perlu dilakukan kerana pasukannya tidak konsisten ketika berdepan naib juara Piala Dunia 2018 itu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button