Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Pertikaian mengenai tarikh PRU 15 menjadi semakin hangat di kalangan ahli politik.

Pihak pembangkang dan pihak yang tidak setuju PRU 15 diadakan tahun ini menggunakan isu banjir untuk menyerang pihak yang mahu supaya PRU 15 diadakan segera.



Barisan Nasional tidak berhati perut, Barisan Nasional sudah gila kuasa, Barisan Nssional mahu membunuh rakyat dan pelbagai tohmahan dilemparkan.

Manakala di pihak Barisan Nasional, desaskan PRU 15 diadakan segera adalah kerana mahu supaya kerajaan baharu dapat menumpukan perhatian sepenuhnya menangani isu banjir.

Yang Barisan Nasional mahu ialah mengadakan PRU 15 sebelum banjir besar melanda dan ianya bersandarkan kepada saranan METMalaysia sendiri.

Baca di sini:



 

Mengapa Barisan Nasional melihat adanya keperluan mendesak diadakan PRU 15 sebelum banjir besar melanda.

Fakta menunjukkan kabinet yang ada sekarang gagal menangani masalah banjir yang melanda negara pada penghujung tahun 2021.

Sebab utamanya adalah kerana kabinet yang ada sekarang gagal melakukan koordinasi yang baik dalam gerakan menyelamat mangsa banjir.



Pihak berkuasa seperti PDRM, ATM dan Bomba yang sudah siap siaga sepenuhnya ternanti-nanti arahan dari NADMA untuk melakukan gerakan menyelamat.

Rakyat Terpaksa Bangkit Untuk Membantu Mangsa Banjir

Sehingga akhirnya kerana tidak sanggup melihat penderitaan rakyat, ATM telah bertindak tanpa menunggu arahan dari NADMA.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/12/21/muak-menunggu-atm-turun-bantu-mangsa-banjir/

Sikap tidak bertanggungjawab sebilangan besar menteri juga turut menyumbang kepada kegagalan kerajaaan sekarang menangani masalah banjir dengan baik.

Di mana keprihatinan menteri apabila ketika rakyat ditimpa bencana, tetapi mereka pergi bercuti dan melancong ke luar negara?

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/604421

Banjir bukanlah bencana alam yang tidak pernah berlaku, malah ia adalah bencana alam yang hampir pasti akan berlaku di Malaysia setiap tahun.

Semua rakyat Malaysia tahu, apabila tiba bulan Disember, negara akan berhadapan dengan masalah banjir.

Tapi mungkin yang tidak tahu mengenainya adalah sebahagian jemaah menteri yang ada dalam kerajaan sekarang.



Sebab itulah mereka merasaka bulan Disember adalah waktu untuk melancong dan bukan waktu untuk menumpukan perhatian kepada masalah banjir.

Sebahagian Dari Menteri Yang Ada Sekarang Tidak Bertanggungjawab

Ini belum lagi kita bercerita tentang bagaimana ada menteri yang cuba mempamirkan bakat lakonan mereka ketika rakyat ditimpa musibah.

Tidak ketinggalan juga dengan menteri yang mahu menunjukkan kehebatan status menteri di saat rakyat sedang bergelut dengan banjir.

Akhirnya kerana tidak sanggup melihat penderitaan mangsa banjir, rakyat sendiri tampil membantu.

Ianya sangat berbeza ketika pemerintahan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Najib.

Apabila banjir melanda, bukan sahaja beliau mengarahkan menteri memendekkan cuti, malah beliau sendiri membatalkan cuti beliau.

Baca di sini:

http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2014/12/tindakan-bijak-najib-arah-menteri.html

Ini semua kerana ketika itu Barisan Nasional adalah parti dominan dalam kerajaan dan bukannya kerajaan hibrid seperti sekarang.

Sekiranya rakyat lambat membantu, sekiranya NGO lambat bertindak, pasti angka korban harta dan nyawa banjir 2021 berganda.

Paling tidak boleh diterima, ada pula ahli politik dari parti pembangkang yang ‘hijacked’ usaha murni NGO membantu rakyat.

Dan ada pula menteri yang mengambil kesempatan dari kesempitan rakyat.

Mereka sudah terbukti gagal, sebab itu Barisan Nasional merasakan ada keperluan terdesak mengapa kerajaan sekarang ini perlu ditukar segera sebelum banjir melanda.

Cuba kita renungkan, mahukah kita menyerahkan nasib kita kepada kumpulan yang sudah ternyata gagal?

 

Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button