4 maut, 6 cedera tanah runtuh di Sulawesi Selatan

Oleh – Syeikh Baran


4 maut, 6 cedera tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan susulan insiden tanah runtuh di Bastem Utara, hari ini. – Dokumentasi Basarnas Makassar

Sekurang-kurang empat terbunuh dan enam lagi cedera akibat tanah runtuh di sebatang jalan raya di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, hari ini.

Pemangku Ketua Agensi Mitigasi Bencana Sulawesi Selatan, Amson Pandolo, berkata kejadian tanah runtuh di Bastem Utara kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan itu berlaku susulan hujan lebat melanda pada petang semalam.



Lebih 20 orang dilaporkan terjejas akibat tanah runtuh berkenaan.

Amson berkata, pasukan penyelamat telah mengeluarkan mayat mangsa, manakala mereka yang cedera pula dibawa ke pusat kesihatan masyarakat di kampung berhampiran untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, bencana itu juga menyebabkan lebih 10 motosikal serta dua kereta tertimbus, selain merosakkan jalan raya dan beberapa kampung terputus hubungan. – BERNAMA-XINHUA

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button