Debaran Ismail Sabri Sekembalinya Beliau Dari UNGA

Debaran Ismail Sabri Sekembalinya Beliau Dari UNGA

Debaran Ismail Sabri Sekembalinya Beliau Dari UNGA

Ismail Sabri bersama-sama rombongan besar beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri persidangan United Nation General Assembly (UNGA).

Ismail Sabri dijangka akan kembali ke Malaysia dalam minggu ini usai beliau menunaikan umrah di Mekah.



Manakala ‘dayang-dayang pengiring’ beliau dijangka akan kembali ke Malaysia juga dalam minggu ini dengan menggunakan pesawat yang berlainan.

Penulis tidak mahu membahaskan apa tujuan ‘dayang-dayang pengiring’ Ismail Sabri mengikut beliau atau adakah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri.

Apa yang penulis mahu bahaskan ialah apakah yang akan berlaku sekembalinya Ismail Sabri dari persidangan UNGA?

30 September 2022

Ini adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh 4.2 juta akar umbi UMNO di seluruh negara.



Pada tarikh ini, mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan di Putera World Trade Center (PWTC).

Sekali lagi PWTC akan menjadi perhatian bukan sahaja oleh akar umbi UMNO dan media, tetapi juga oleh semua parti politik di Malaysia.

Mesyuarat MKT UMNO kali ini dijangka akan menjadi mesyuarat MKT yamg cukup panas.

2 agenda utama yang akan dibincangkan.



Pertama, apakah UMNO akan mengambil tindakan terhadap bangkai-bangkai tikus yang bergelimpangan di kolam UMNO.

Dan kedua, Ismail Sabri dijangka akan diminta untuk menetapkan tarikh untuk beliau mengadap SPB YDP Agong untuk memohon perkenan membubarkan parlimen.

Apakah kali ini UMNO akan benar-benar membersihkan bangkai-bangkai tikus di kolam UMNO dan adakah Ismail Sabri akan terus berdolak dalih.

Apa pula yang akan UMNO lakukan sekiranya Ismail Sabri dilihat sekali lagi menipu ahli MKT UMNO mengenai tarikh pembubaran parlimen?



3 Oktober 2022

Pada tarikh ini, parlimen akan mula bersidang.

Juga pada tarikh ini, kerajaan Keluarga Malaysia akan membentangkan bajet tambahan untuk tahun kewangan 2022.

Ramai penganalisa politik berpendapat, sekiranya Ismail Sabri dilihat masih lagi mahu menipu ahli MKT UMNO mengenai tarikh pembubaran parlimen, bajet tambahan akan menjadi algojo kepada jawatan Perdana Menteri Ismail Sabri.

Lebih-lebih lagi apabila isu rombongan Makcik Kiah ke New York bersama Ismail Sabri semakin hangat diperkatakan.



Persoalannya, apakah bajet ini akan diluluskan oleh parlimen?

Sekiranya bajet ini tidak diluluskan, maka apakah akan disusuli dengan undi tidak percaya ke atas Ismail Sabri?

Dan siapa pula yang akan mengundi untuk tidak menyokong bajet tambahan ini?

Adakah ianya dari parti pembangkang?



Atau mungkin dari parti Perikatan Nasional yang berada di blok kerajaan?

Ataupun mungkin dari parti UMNO sendiri?

7 Oktober 2022

Sekiranya Ismail Sabri berjaya melalui tarikh 30 September dan 3 Oktober dengan berjaya, ada satu debaran lagi yang menanti beliau.

7 Oktober, kerajaan Keluarga Malaysia dijangka akan membentangkan Bajet 2023 di parlimen.

Apabila PRU 15 dilihat semakin hampir, sudah pasti bajet yang akan dibentangkan akan menyediakan pelbagai ‘goodies’ untuk rakyat yang memihak kepada BN.

Persoalannya, apakah pembangkang dan juga Perikatan Nasional akan memberikan sokongan kepada bajet yang langsung tidak menguntungkan mereka.

Apakah PH dan PN mahu menyerahkan pisau kepada BN supaya menyembelih mereka dalam PRU 15?

Namun sekiranya mereka tidak menyokong bajet tersebut, maka dengan sendirinya Ismail Sabri akan kehilangan kuasa dan PRU 15 akan segera diadakan.

Ini adalah perkara yang paling mereka mahu elakkan dari berlaku.

Sebagai rakyat biasa, kita menunggu untuk melihat permainan dan percaturan politik mereka.

Sekiranya sebelum ini mereka terlalu seronok mencaturkan bidak catur mereka, kini takdir sudah menentukan untuk mereka beraksi sekali lagi.

Bermainlah semahunya sebelum rakyat menunjukkan kuasa sebenar.

 

Debaran Ismail Sabri Sekembalinya Beliau Dari UNGA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button