BN perlu sediakan bakal calon PM baru

Jika PRU15 diadakan pada 2023



Oleh – Bakhtiar Omar


BN perlu sediakan bakal calon PM baru

Barisan Nasional-BN perlu sediakan bakal calon PM yang baru sebagai persediaan menghadapi tarikh PRU15 yang masih belum kunjung tiba.

Keperluan berbuat demikian bagi mengelakkan rakyat ‘termakan’ tuduhan berikutan kenyataan Muhyiddin serta disokong pihak lawan mengenai kemampuan Ismail Sabri Yaakob menerajui negara.

Sebagai rekod, pemilihan Umno hanya akan berlaku dalam tempoh 6 bulan selepas PRU15 diadakan seperti yang telah diluluskan ROS.



Ini adalah sebahagian risiko sekiranya PM memilih untuk membubarkan Parlimen pada 2023 seperti yang disarankan PH, PN GTA dan lain-lain pihak.

Apa gunanya Umno terus menampilkan “poster boy” yang dikecam sebagai gagal oleh ‘kawan’ dalam Keluarga Malaysia? 

TUKAR 3 PM SEJAK 2018, RAKYAT MENILAI KEMAMPUAN PM MEMBAWA NEGARA KELUAR KEMELUT EKONOMI

BN perlu sediakan bakal calon PM baru

Sudah pasti rakyat akan menilai semula kemampuan PM menerajui negara sejak Ogos 2021 sehingga hari ini. Walau kajian populariti menunjukkan Ismail Sabri mendahului figura lain dalam Umno, belum ada kepastian beliau akan berjaya mengharungi pentas PRU15 dengan jayanya.

PRU14, Ismail Sabri yang bertanding di kerusi Bera hanya mendapat sebanyak 2,311 undi, naik 168 undi berbanding PRU13 (2,143 undi).



Ini bukan petunjuk yang baik untuk seorang yang telah dipersetujui sebagai “poster boy” BN untuk PRU15. Apatah lagi dengan persaingan yang lebih sengit dengan penubuhan banyak parti politik.

BERDEPAN LEBIH BANYAK LAWAN POLITIK PADA PRU15

Jika dalam PRU14, BN hanya berlawan dengan PH, PAS dan Bebas, tetapi kali ini BN perlu berdepan GTA (gabungan PEJUANG, Putra dan NGO) serta MUDA.

Kajian oleh beberapa pihak luar dan dalam negara tidak memberi gambaran realiti pengundi Bera dan hanya bersandarkan kepada umum. Ini tidak memberi sebarang kelebihan kepada Ismail Sabri untuk kekal di kerusi Bera dengan mudah.

Sesuatu yang perlu difikirkan BN untuk memastikan kelangsungan survival politik parti yang telah memerintah selama hampir 6 dekad.



BN memerlukan figura yang mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat bagi memandu negara keluar dari kemelut ekonomi serta menghadirkan perancangan yang baik untuk kemakmuran negara.

Tidak ada gunanya membuat pelbagai janji retorik yang belum tentu mampu dilunaskan. Usah terperangkap dengan kaedah manipulasi pembangkang yang memesongkan pemikiran rakyat pada PRU14 lepas.

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker