Pengawal keselamatan amang seksual ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Pengawal keselamatan amang seksual ditahan
Gambar Hiasan

Polis memberkas seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap anak teman wanitanya berusia empat tahun di Taman Melawati, di sini, hujung Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun dimaklumkan oleh anaknya bahawa lelaki itu melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah hotel di Taman Melawati.

Menurutnya, suspek bertindak mencium dan melakukan amang seksual pada mangsa termasuk memukul bahagian dada kanak-kanak itu.

“Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Pada pukul 7.35 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, Methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek direman seminggu bermula semalam hingga 12 April ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker