Bapa enggan lepas tangan anak tertimbus bawah runtuhan

Antakya: Seorang bapa enggan melepaskan tangan anak perempuannya yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Turkiye dan Syria.

Mesut Hancer, penduduk bandar Turki Kahramanmaras, berhampiran pusat gempa, hanya duduk di atas runtuhan dan terlalu sedih untuk bercakap.

Dia enggan melepaskan tangan anak perempuannya Irmak yang berusia 15 tahun di saat tubuhnya terbaring tidak bermaya di antara kepingan konkrit.



Sejak dua hari lalu, penyelamat bekerja keras di bawah suhu sejuk bagi menyelamatkan mangsa yang mungkin terperangkap dalam runtuhan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk mangsa yang cedera dan mereka yang masih terperangkap.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button