Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa
Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa
PARIS: Iran meningkatkan penahanan aktivis dan wartawan dalam tindakan keras terhadap masyarakat sivil ketika protes antikerajaan terus merebak di seluruh negara.
Wanita itu didakwa melanggar peraturan ketat kod etika berpakaian negara itu yang menetapkan pemakaian hijab dan pakaian secara sederhana.
Ramai aktivis dan peguam turut ditahan, termasuk aktivis kebebasan bersuara yang terkenal, Hossein Ronaghi yang ditahan hujung minggu lalu.
Dalam satu hantaran video pada hujung minggu lalu, Ronaghi lantang mengkritik kepemimpinan Islam di Iran, berkata pada mulanya dia mengelak daripada ditahan dengan melarikan diri dari flatnya apabila ada ejen datang mencari.
Bagaimanapun dia kemudiannya ditahan pada Sabtu lalu apabila pergi ke penjara Evin Tehran untuk bertemu pendakwa raya dan turut dipukul oleh ejen keselamatan, maklum abangnya, Hassan menerusi Twitter.
Laporan turut menyebut peguam yang menemaninya ke Evin telah ditahan.
Seorang peguam, Saeid Dehghan memberitahu menerusi Twitter, dua peguam lain turut ditahan.
Tindakan itu dilakukan selepas sekatan internet yang ketat termasuk penggunaan Instagram dan WhatsApp tidak berfungsi.
Semalam, pasukan keselamatan menyerbu rumah aktivis dan penulis, Golrokh Iraee serta menahannya.
Perkara itu dikongsi menerusi mesej di akaun Twitternya. Iraee terkenal kerana berkempen menentang hukuman rejam di Iran dan menghabiskan sebahagian besar dekad hidupnya di penjara. – AFP
Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?