USM+1 saluran khas kemasukan menerusi UPU

Mana-mana calon yang tidak terpilih untuk menyambung pengajian sepenuh masa boleh membuat permohonan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) untuk memilih 48 program pengajian di bawah inisiatif USM+1.

Oleh Azrin Muhammad

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Malaysia (USM) membuka peluang kepada mana-mana calon yang tidak terpilih sebelum ini untuk mengikuti pengajian sepenuh masa melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).



Menurut kenyataannya semalam, pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 merupakan saluran khas bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran khususnya Sarjana Muda.

Melalui saluran tersebut, sebanyak 48 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian sesi kemasukan bermula April dan Oktober 2022.

Kesemua program yang ditawarkan berbentuk yuran penuh tanpa subsidi dan pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.

Orang ramai yang berminat untuk memohon salah satu daripada 48 program pengajian yang ditawarkan boleh melayari https://pohon.usm.my/t_t20.php manakala semakan yuran boleh dibuat di https://pohon.usm.my/dokumen/2021_2022/YURAN_USM_1.pdf



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Amirul Asyraf Mohd. Suhaidi dari Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar ditalian 04-6532688.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button