Mahathir, Anwar, Muhyiddin siapa paling layak jadi PM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Mahathir, Anwar, Muhyiddin siapa paling layak jadi PM?

Tiga figura, Mahathir, Anwar dan Muhyiddin kini sedang bergelut untuk menampilkan diri sebagai bakal calon PM selepas PRU15.



Pengalaman 22 tahun, 22 bulan Mahathir menjadi sandaran buat beliau untuk sekali lagi berharap agar dipilih menjadi Perdana Menteri buat kali ke-3 selepas 2018.

Tetapi, kali ini tampil dengan perbezaan ketara, beliau menggunakan imej Melayu bagi menarik sokongan.

Penubuhan GTA (Gerakan Tanah Air) yang disertai beberapa NGO selain parti ‘nyamuk’ sedang mengintai kerusi majoriti Melayu. Mahathir yang dalam usaha menyakinkan pengundi Melayu akan bermain drama airmata seperti yang dilakukannya ketika bersama Pakatan Harapan.

MAHATHIR ‘RAJA AIRMATA’, DRAMA SEDIH BAKAL DIMAINKAN 

Mahathir, Anwar, Muhyiddin siapa paling layak jadi PM?



 

Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir pula yakin parti itu akan menjadi ‘King Maker’ kepada mana-mana parti yang mempunyai kerusi paling banyak untuk membentuk kerajaan campuran.

Anwar Ibrahim tidak perlu diperkenalkan lagi. Berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat kerana salah laku seks oleh Mahathir, membina semula hubungan baik dengan bekas bos untuk PRU14.

Tetapi akhirnya, beliau terjerat dengan percaturan Mahathir yang meletakkan jawatan pada Januari 2020 sekaligus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan runtuh.



ANWAR ‘MANGSA’ SAJAK ‘MELAYU MUDAH LUPA CIPTAAN MAHATHIR

Mahathir, Anwar, Muhyiddin siapa paling layak jadi PM?

Walau Anwar pernah menyifatkan apa yang berlaku antara beliau dan Mahathir sebagai ‘luka kecil’, Anwar lupa Mahathir tetap tidak akan memberi beliau peluang untuk menggantikannya sebagai PM.

Anwar salah seorang mangsa sajak “melayu mudah lupa’ karangan Mahathir, kerana mempercayai sepenuhnya janji Mahathir untuk menyerahkan kuasa selepas 2 tahun memerintah.

Muhyiddin Yassin, seorang yang tidak setia kepada parti kata Tun Abdullah Badawi dalam buku tulisannya satu ketika dahulu. Diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-8 dengan sokongan Umno dan PAS selepas krisis berlaku terhadap Pakatan Harapan apabila Mahathir meletakkan jawatan.



Bagaimanapun, Muhyiddin bukanlah figura yang mempunyai kekuatan sendiri untuk terus kekal sebagai PM. Beliau merupakan PM gagal menurut penilaian rakyat. Hanya mampu mewarisi sisa-sisa Pakatan Harapan tanpa ada sebarang pembaharuan dalam corak pemerintahan serta dasar-dasar kerajaan.

Bukan sahaja mewarisi ‘kebodohan’ PH, Muhyiddin turut mewarisi khazanah ‘terbodoh’ PH bila beliau menerima barisan Menteri yang keluar dari PH dan menyertai beliau semata untuk terus kekal berkuasa dan berkedudukan.

Melepaskan jawatan selepas 17 bulan menjadi PM, kini Muhyiddin menikmati juga dasar Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob. Menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara berteraf Menteri, apa lagi perlu dikhuatiri Muhyiddin?

MUHYIDDIN SUDAH BOLEH SENYUM LEBAR, PM GAGAL JADI MILIK ISMAIL SABRI

Mahathir, Anwar, Muhyiddin siapa paling layak jadi PM?



Kini, Muhyiddin telah melemparkan gelaran PM Gagal yang disandangnya kepada Ismail Sabri.

Dalam menyusun strategi PRU15, 3 figura ini dijangkakan akan membuat pertemuan sulit untuk memikirkan cara membenam Barisan Nasional sekali lagi.

Jika ditanya kepada rakyat, siapakah diantara 3 figura ini menjadi piihan Rakyat untuk dilantik sebagai PM Ke-10?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button