Peluang terbaik Liverpool bangkit



LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengharapkan Liverpool akan mendapat rentak mereka musim ini apabila Liga Perdana Inggeris bersambung dengan Brighton & Hove Albion bertandang ke Anfield esok.

Menjelang perlawanan ketujuh Liverpool musim ini, masalah kecederaan mula reda buat skuad kendalian Klopp selepas permulaan musim yang kucar-kacir akibat ketiadaan ramai tonggak.

Pemain yang ditandatangani dari Aberdeen ketika musim panas lalu, Calvin Ramsay sudah mengikuti sesi latihan penuh selepas direhatkan sejak permulaan pra-musim.

Belum dapat dipastikan bila dia akan mendapat penampilan sulungnya, tetapi kepulangannya ke padang latihan adalah petanda yang positif.



Brighton pula akan mengharungi perlawanan pertama mereka di bawah pengendali baharu, Roberto De Zerbi.

Liverpool kini di tangga kelapan liga pada sembilan mata selepas enam perlawanan, empat mata di belakang Brighton yang menghuni tangga keempat.

Liverpool hanya memenangi dua aksi liga setakat ini, dan dalam aksi terakhir Liga Juara-Juara Eropah

sebelum rehat perlawanan antarabangsa, mereka menewaskan Ajax 2-1.



Brighton pula tidak beraksi hampir empat minggu dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dengan perlawanan terakhir di bawah kendalian Graham Potter sebelum dia berrpindah ke Chelsea ialah ketika menewaskan Leicester City 5-2.

Kemampuan De Zerbi untuk mengekalkan prestasi cemerlang Brighton hanya akan terjawab esok. Pengendali dari Itali itu terkenal dengan corak permainan menyerang ketika membimbing Sassuolo dalam saingan Serie A.

Barisan kemungkinan Liverpool:

Alisson; Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Tsimikas; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Jota, Diaz



Barisan kemungkinan Brighton & Hove Albion:

Sanchez; Veltman, Dunk, Webster; Lamptey, MacAllister, Caicedo, March; Gross, Trossard; Welbeck



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker