Neelofa ‘Update’ Mengenai Ameera
“Saya Tanya Dia, Tak Keluar Ke?”
Neelofa ‘Update’ Mengenai Ameera
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa mengulas mengenai tempoh lama yang dilakukan adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan yang kini ‘sepi’ di media sosial sejak Julai lalu.
Neelofa, 33, bagaimanapun berkata, adiknya berada dalam keadaan baik dan mereka baru sahaja isi masa bersama.
“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram.
“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.
“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah.
“Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Minuman, Drintox Pineapple Juice di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hos program Next To Neelofa juga menjelaskan, Ameera sebelum ini sudah terdedah dengan media sosial sejak belasan tahun lagi.
“Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia.
“Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah,” katanya lagi.
Terdahulu, tindakan Ameera atau turut dikenali sebagai Litte Miss Khan yang bertindak memadam semua gambar dan hantaran yang ada di Instagramnya menjadi persoalan ramai pihak.
Dengan memiliki pengikut seramai 1.4 Juta, Ameera tidak meninggalkan sebarang mesej atau pesanan sebelum berbuat demikian.
Neelofa ‘Update’ Mengenai Ameera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan rasmi Majlis Tertinggi Umno
- Mesyuarat MKT UMNO: Zahrin Di Pecat, PRU15 Tahun Ini
- Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :