Gallagher beri Potter kemenangan sulung

LONDON: Graham Potter meraih kemenangan pertamanya sebagai pengendali Chelsea selepas Conor Gallagher pulang menghantui Crystal Palace dalam kemenangan 2-1 di Selhurst Park.

Ia adalah perlawanan kedua Chelsea di bawah kendalian Potter sejak dia menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat bulan lalu.

Bekas pengendali Brighton itu seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang RB Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara dan keadaan hampir berulang dalam aksi Liga Perdana Inggeris, namun diselamatkan oleh gol kemenangan Gallagher.



Odsonne Edouard meletakkan Palace di depan sebelum bekas penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan menerusi gol pertamanya untuk Chelsea.

Gallagher kemudian dimasukkan sebagai pemain gantian dan dia memastikan tiga mata buat Chelsea dengan jaringan dalam masa kecederaan ke atas pasukan di mana dia dipinjamkan musim lalu.

“Ia saat yang istimewa buat saya untuk kembali ke sini dan mendapatkan kemenangan. Ia sudah tertulis.

“Semua orang tahu betapa saya sukakan Palace tetapi saya terdesak mendapatkan gol pertama,” kata Gallagher yang membuka akaun jaringannya untuk Chelsea.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button