Polis lepaskan tembakan, 36 penunjuk perasaan maut di Iran
Polis lepaskan tembakan, 36 penunjuk perasaan maut di Iran
TEHERAN: Sistem komunikasi lumpuh di bandar Zahedan di selatan Iran kelmarin selepas Ketua Perisik Pengawal Revolusi Iran (IRGC) ditembak mati ketika bertempur dengan penunjuk perasaan.
Ali Mousavi yang merupakan ketua perisik IRGC di wilayah Sisten dan Balochistan disahkan meninggal dunia di hospital akibat luka tembakan.
Kumpulan militan al-Adl mengaku bertanggungjawab menembak mati Ali atas alasan memperjuangkan kebebasan Sistan dan Balochistan.
Beberapa rakaman menunjukkan orang ramai mengusung mayat penunjuk perasaan yang terkorban, termasuk mereka yang cedera akibat rusuhan tersebut.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, manakala media tempatan melaporkan, angka korban meningkat 36 orang dengan puluhan lagi cedera.
Agensi berita IRNA pula melaporkan kumpulan pemisah bersenjata menyerang balai polis di Zahedan, menyebabkan 19 terbunuh, termasuk anggota IRGC.
Dalam pada itu, kematian Ali disifatkan memburukkan lagi demonstrasi antikerajaan di Iran yang bermula sekal pertengahan September lalu menerusi kematian seorang wanita, Mahsa Amini yang didakwa dipukul ketika dalam tahanan polis kerana tidak memakai tudung.
Ribuan rakyat negara ini turun ke jalanan sejak dua minggu lalu bagi membantah layanan polis terhadap penduduk awam, terutamanya golongan wanita.
Siri protes itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai kumpulan etnik dan stesen televisyen Iran memberitahu, sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam siri demonstrasi yang bermula sejak 17 September lalu.
Polis lepaskan tembakan, 36 penunjuk perasaan maut di Iran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Mahathir lupa, Azmin penipu besar”
- Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15
- Ambil teladan kes Najib , Passport Tommy Thomas , Zeti dan Nazlan sepatut sudah di rampas.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :