Pemain simpanan bantu kemenangan Arsenal

 

Oleh Razak Hasan

Pemain simpanan bantu kemenangan Arsenal
SMITH Rowe (dua dari kiri) dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menewaskan Luton awal pagi semalam

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji barisan pemain simpanannya yang membalas kepercayaannya dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Sta­dium Emirates awal pagi ­semalam.

Menyedari jadual padat bakal dihadapi bulan ini, Arteta, 42, mengambil langkah berani membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding seri tanpa ja­ringan dengan Manchester City minggu lalu.



Arteta menyenaraikan Reiss Nelson, Emile Smith Rowe dan Thomas Partey dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak Ogos dengan merehatkan Declan Rice, Jorginho, Gabriel Jesus serta Bukayo Saka.

Mereka membalas­nya de­ngan menampilkan ­prestasi cemerlang terutama­nya Smith Rowe yang memainkan peranan dalam kedua-dua gol The Gunners yang dihasilkan menerusi Martin Odegaard dan ja­ringan sendiri bek tengah Luton, Daiki Hashioka.

“Saya melihat dari perspektif berbeza dan saya amat menggemarinya kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Jika anda mahu memanfaatkan skuad sedia ada, anda perlu me­nurunkan mereka bermain.

“Jadi saya fikir mereka bermain dengan sangat baik hari ini. Kemenangan ini amat penting kerana ia meningkatkan sema­ngat pasukan untuk memburu sesuatu musim ini,” katanya.



Arsenal berjaya merampas semula tangga teratas buat sementara waktu, tetapi berpe­luang mengekalkan kedudukan itu seandainya Liverpool tewas kepada Sheffield United biarpun ia dilihat tidak realistik. – Kosmo Online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading