Ayam Masak Merah Berempah

Ayam Masak Merah Berempah
Ayam Masak Merah Berempah

Ayam Masak Merah Berempah

Cukup pedas, masam, manis, masin…baupun sangat wangi membuka selera. Hidangan ni hampir sama dengan ayam masak merah biasa, cuma kita lebihkan bahan-bahan berempah. Sesiapa yang belum pernah makan tu boleh cuba….Kuah yang pekat tu kalau makan dengan nasi panas, memang padu.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 3 sudu
    • 1 ½ biji bawang besar
    • 3-4 biji bawang merah kecil
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 2 batang serai
    • 20-25 biji cili kering
    • sedikit air
  • Bahan-bahan lain:
    • 300g tepung gandum
    • 1 – 1½ ekor ayam
    • sedikit garam
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 cawan minyak masak
    • ½ biji bawang besar
    • rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis,2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih)
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 biji tomato
    • 1 ½ sudu besar serbuk rempah kari
    • sedikit air
    • 2-3 sudu besar gula melaka
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Anggaran ½ cawna air asam jawa
    • garam secukup rasa
    • ½ cawan susu full cream atau susu cair
    • 1 biji bawang besar (untuk taburan akhir)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam masak merah berempah:
    1. Masukkan sedikit kunyit dan garam kedalam ayam dan gaul sekata.
    2. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga separuh masak lalu angkat dan toskan minyak.
    3. Tumis hirisan bawang besar, rempah empat sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
    4. Masukkan tomato yang telah dipotong. Gaul sehingga tomata kelihatan layu dan lembut.
    5. Masukkan bahan kisar halus dan gaul sehingga ia pecah minyak.
    6. Kemudian, bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air lalu masukkan kedalam semua bahan tumisan.
    7. Masak bahan sehingga pekat kering dan tambah sedikit air. Ulang cara ini 3-4 kali sampai kesemua bahan betul-betul masak.
    8. Bila kuah sudah masak dan pecah minyak, masukkan gula melaka dan sos tiram.
    9. Masukkan juga ayam goreng dan renehkan ayam sehingga sebati dan biarkan masak.
    10. Tambah sedikit air asam jawa, garam secukup rasa dan ½ cawan susu full cream untuk dijadikan kuah lebih beremak. (tambah air jika mahukan kuah lebih).
    11. Masukkan hirisan bawang besar kedalam ayam masak merah berempah dan gaul sekejap sehingga bawang besar tersebut layu.
    12. Kemudian, ayam masak merah berempah siap untuk dihidang.

Tip:

  • Susu full cream digunakan bagi seimbangkan rasa kuah yang berempah dan membuatkan lagi kuah lebih berlemak tetapi jika tiada, boleh digantikan dengan susu cair.

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

Ayam Masak Merah Berempah

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button