Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Haapan, Anwar Ibrahim, berjanji akan memansuhkan hutang PTPTN dan memberikan subsidi bersasar bayaran tol kepada golongan B40.

Baca di sini:



https://www.kosmo.com.my/2022/10/03/anwar-henti-tabur-janji-mansuh-tol-ptptn-noh/

Bunyinya memang sedap didengar.

Selain dari itu, Anwar juga berjanji, sekiranya Pakatan Harapan diberikan mandat selepas PRU 15, hutang Felda juga akan turut dihapuskan.

Namun begitu Anwar berkata cadangan itu tidak semestinya dilihat sebagai manifesto Pakatan Harapan.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1007354/mansuh-bayaran-tol-ptptn-untuk-b40-jadi-keutamaan-anwar

Penulis tidak pasti mengapa janji-janji yang Anwar nyatakan itu, tidak mahu dianggap sebagai manifesto Pakatan Harapan untuk PRU 15.

Mungkin Anwar malu untuk menyebut perkataan manifesto, kenapa, rasanya tidak perlu dijelaskan di sini.



Cuma sebagai peringatan kepada anak muda terutamanya yang berada dalam golongan undi18.

Kalau terlupa, tanyalah kepada abang-abang kamu yang setiap bulan terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN walau pun pernah diberikan janji yang sama oleh Pakatan Harapan.

Tanyalah kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik di Felda, adakah hutang Felda yang dijanjikan Pakatan Harapan akan dihapuskan sebelum PRU 14, benar-benar sudah terhapus?



Antara Senarai Penipuan Pakatan Harapan

Sebenarnya, bukan pemansuhan tol dan PTPTN sahaja janji yang dicapati oleh Pakatan Harapan, banyak lagi.

Pakatan Harapan berjanji sekiranya mereka diberikan mandat dalam PRU 14, harga minyak PASTI akan turun.

Bukan setakat janji dicapati, namun keruntuhan akhlak juga tersebar luas ke seluruh negara.



Hubungan sesama jenis dilakukan dan dipromosikan secara terbukan dan tanpa segan silu lagi dan secara terbuka.

Persoalannya, mengapakah pengamal seks songsang LGBT begitu berani menonjolkan diri mereka di era Pakatan Harapan.

Mengapakah di era Barisan Nasional, mereka tidak berani menonjolkan diri mereka?



Ini belum lagi penulis senaraikan bagaimana perlakuan penghinaan terhadap ugama, Rasulullah SAW, Raja Raja Melayu, Lagu Negaraku dan bendera Jalur Gemilang.

Tidak termasuk juga dengan perjuangan beberapa pemimpin DAP dan PAN yang mengagungkan perjuangan komunis.

Kalau hendak disenaraikan semuanya, artikel ini akan menjadi terlalu panjang.

Cuma sebagai peringatan kepada pengundi muda dan pengundi baharu, 22 bulan di era Pakatan Harapan dan 17 bulan di era Perikatan Nasional, kita semua sudah cukup tersiksa.

Apakah kita mahu sekali lagi dikencing?

Apakah kita sekali lagi mahu mempercayai janji-janji Pakatan Harapan?

Maaf, agak kasar bahasa penulis, tetapi bodohlah kita kalau masih lagi percaya dengan janji-janji manis Pakatan Harapan.

 

Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button