Perancis dilanda gelombang kelapan wabak COVID-19

PARIS – Perancis memasuki gelombang kelapan virus COVID-19 menjelang musim sejuk penghujung tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh ahli Lembaga Strategik Vaksinasi Kerajaan Perancis, Brigitte Autran, semalam.

Beliau berkata, semua petunjuk berkaitan COVID-19 mendapati kes baharu jangkitan sedang meningkat di negara itu ketika ini.



Angka COVID-19 Perancis yang diterbitkan kelmarin menunjukkan purata pergerakan tujuh hari bagi kes baharu harian dengan angka terkini dilaporkan 45,631 kes, paras tertinggi sejak 2 Ogos lalu.

Angka keseluruhan kemasukan ke hospital COVID-19 Perancis ialah 15,166 pesakit dan bilangan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi hospital (ICU) pula berjumlah 843 pesakit, juga berada pada tahap tertinggi sejak akhir Ogos.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian akibat COVID-19 di Perancis kini berjumlah lebih 151,500 mangsa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button