BN Pahang mahu rampas 4 kerusi Parlimen

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


BN Pahang mahu rampas 4 kerusi Parlimen

Pada PRU14 lalu, Pahang membuat kejutan apabila BN berjaya mempertahankan kedudukan kerajaan negeri disebalik kekalahan teruk BN di negeri-negeri lain. Namun demikian, BN Pahang kehilangan 5 kerusi Parlimen dari keseluruhan 14 kerusi yang ditandingi.



  • P080 Raub
  • P088 Temerloh
  • P083 Kuantan
  • P089 Bentong
  • P082 Indera Mahkota

Bagi PRU15 pula, BN Pahang bertekad untuk merampas kembali 4 kerusi daripada 5 kerusi yang dipertandingkan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, BN Pahang telah memulakan kerja-kerja turun padang sejak kekalahan PRU14.

Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan BN Pahang sentiasa bersedia untuk PRU15 diadakan pada bila-bila masa.

Beliau turut menyatakan sasaran 10 kerusi tambahan di peringkat DUN, menjadikan keseluruhan kerusi DUN yang akan boleh dimenangi bertambah dari 25 kerusi menjadi 35 kerusi.

BN Pahang mahu rampas 4 kerusi Parlimen



Jajaran 3 kerusi Parlimen Pahang dijangkakan akan menjadi tumpuan utama pada PRU15. Kerusi yang dimaksudkan ialah – P078 Cameron Highlands, P089 Bentong dan P080 Raub.

Ini adalah disebabkan faktor jajaran Titiwangsa yang menjadi pemisah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Jika ketiga-tiga kerusi ini dapat ditawan Pakatan Harapan, bermakna negeri-negeri Pantai Timur akan bermasalah di masa hadapan.

Sudah pasti BN Pahang tidak akan membenarkan mereka kehilangan kerusi penting tersebut. Ini kerana sebarang perubahan atau kemenangan PH menguasai jajaran Titiwangsa boleh menyebabkan perubahan besar geo politik Pahang.

 



Pahang bersedia, sasar 35 kerusi hadapi PRU15

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button