Sermua kontinjen PDRM tingkat kesiapsiagaan hadapi banjir – IGP

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara mengarahkan kontinjen, formasi, bridged dan daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam menghadapi bencana banjir.

Menurut Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, ini meliputi kesiapsiagaan anggota dan aset pasukan untuk digerakkan pada bila-bila masa diperlukan.

“Meskipun bencana banjir merupakan fenomena alam semula jadi yang sering melanda saban tahun terutama di Pantai Timur namun tragedi banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 benar2-benar telah menguji kesiapsiagaan menghadapi krisis termasuklah PDRM.

“We hope for the best but we prepare for the worst. Mengambil iktibar daripada bencana terdahulu, saya telah mengarahkan semua warga kontinjen, formasi, bridged dan daerah berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi meliputi keanggotaan dan aset pasukan untuk digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.



“InsyaAllah, kita belajar daripada pengalaman yang lepas, kita buat penambahbaikan daripada yang pengalaman terdahulu agar tindak balas PDRM menjadi lebih efektif seterusnya kita dapat hulurkan bantuan tepat pada masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam Amanat Ketua Polis Negara sempena Perhimpunan Bulanan PDRM, anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Neger dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

© Astro Awani 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker