Bas ekspres rempuh belakang treler

Ipoh: Seorang parah dan dua lagi cedera selepas sebuah bas ekspres melanggar belakang treler dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan memaklumkan kejadian, pada 2.30 pagi, sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres membawa 15 penumpang yang melanggar bahagian belakang treler membawa muatan besi. Selain itu, kemalangan menyebabkan sebuah Perodua Myvi terbabas ke bahu jalan.



“Terdapat seorang mangsa pemandu bas tersepit di tempat duduk pemandu, parah, dan dua penumpang cedera.

“Sementara itu, 13 penumpang lain daripada bas ekspres serta dua dari Perodua Myvi dan pemandu treler selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang lain keluar sendiri dan diberi rawatan oleh pihak ambulans sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya



Katanya, operasi tamat pada 4.50 pagi.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading