Boleh beri makan 12 juta orang tiga kali sehari
Boleh beri makan 12 juta orang tiga kali sehari
Georgetown: Sebanyak 4,081 tan makanan yang masih boleh dimakan dibuang oleh rakyat Malaysia pada 2021 dan ia cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang tiga kali sehari.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow pada kenyataan semalam berkata, laporan itu dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
“Menurut laporan itu, 24 peratus sisa makanan yang dibuang terdiri daripada sayur-sayuran dan daging yang masih boleh dimakan.
“Jumlah pembaziran makanan di Malaysia itu cukup untuk memberi makan 12 juta orang.
Menurut beliau, CAP menggalakkan orang ramai supaya mengubah tabiat membuang sisa makanan kepada menjadikan ia sebagai makanan yang masih boleh dimakan.
Katanya, dengan mengubah tabiat itu, ia dapat membantu mengurangkan peratusan sisa makanan yang dibuang.
“Ilham bagi menukar sisa makanan kepada makanan boleh dimakan menjadi cara alternatif bagi menghentikan tabiat buruk berkenaan.
“Nasi boleh ditukar menjadi nasi goreng manakala lebihan roti boleh dijadikan puding roti, roti jejari atau roti potong.
“Sisa makanan seperti nasi, roti dan mi boleh ditukar menjadi makanan yang ringkas, tetapi sesuai,” katanya.
Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu mula mengamalkan gaya hidup sifar sisa dan belajar menghargai makanan selain mengawal diri daripada membeli lebih daripada yang boleh dimakan.
CAP turut mengadakan program demonstrasi secara langsung mengenai cara penyediaan makanan menggunakan sisa makanan di pejabatnya di Jalan Masjid Negeri atau hubungi talian 012-5374899 untuk maklumat lanjut.
Boleh beri makan 12 juta orang tiga kali sehari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah
- Hanya 3 Orang Pemimpin PAS Hadir Dalam Majlis Penyampaian Watikah PN Selangor
- Melayu berasa hati semenjak Najib di penjara , sukar untuk GTA Mahathir bertapak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong