Tahan sakit 15 minit kaki tersepit kerusi

Oleh – Syeikh Baran


Tahan sakit 15 minit kaki tersepit kerusi
KANAK-KANAK perempuan tersebut terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan pihak bomba selepas kakinya tersepit di Klinik Kesihatan Jemaluang, Mersing pagi tadi.

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan pihak bomba selepas kakinya tersepit di Klinik Kesihatan Jemaluang pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Abdul Muiz Mukhtar berkata seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.48 pagi.



Katanya kanak-kanak berusia lima tahun itu hadir ke klinik berkenaan untuk menemani ibunya mendapatkan rawatan kesihatan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang kanak-kanak perempuan tersepit di bahagian kerusi pelanggan.

“Difahamkan kanak-kanak itu datang bersama ibunya yang mahu mendapatkan rawatan pemeriksaan ibu mengandung. PKO bertindak menggunakan satu unit hidraulik sehingga kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button