Lelaki tidak jemu cari mayat isteri selama 11 tahun
Lelaki tidak jemu cari mayat isteri selama 11 tahun
TOKYO: Yasuo Takamatsu kehilangan isterinya, Yuko dalam tragedi tsunami yang dicetuskan gempa bumi berukuran 9 skala Richter pada 2011.
Biarpun sudah 11 tahun berlalu, Takamatsu masih pergi menyelam setiap hari dengan harapan dapat menemukan mayat isterinya.
Lelaki itu mengambil kursus menyelam skuba pada 2013 kerana ‘amat terdesak’ untuk mencari mayat isterinya selepas wanita itu dilaporkan hilang di Onagawa, iaitu satu daripada kawasan paling teruk terjejas akibat bencana tersebut.
Takamatsu berikrar untuk terus mencari mayat isterinya, sama ada di darat mahu pun di lautan sehingga ditemukan.
Jelasnya, dia hanya menemukan telefon bimbit isterinya di kawasan letak kenderaan sebuah bank, iaitu tempat Yuko bekerja beberapa bulan selepas tragedi itu.
Lelaki itu juga mengakui dia berasa ‘tertekan’ dalam mencari mayat isterinya.
Selepas melakukan pencarian di daratan selama dua setengah tahun, lelaki berusia 56 tahun itu mula mencari di lautan dengan menyelam.
Menerusi mesej terakhir yang dihantar kepada suaminya, Yuko menulis ‘Adakah awak okey? Saya ingin pulang ke rumah’.
Ketika telefonnya ditemukan beberapa bulan selepas tragedi itu, Takamatsua dapat membaca mesej yang tidak sempat dihantar oleh isterinya yang berbunyi ‘tsunami itu amat menakutkan’.
Sementara itu, Takamatsu menyedari peluang untuk menemukan mayat isterinya amat tipis dan mungkin mustahil memandangkan lautan amat luas, namun, dia enggan berputus asa serta meneruskan niatnya sehingga ‘berpuas hati.
Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
Lelaki tidak jemu cari mayat isteri selama 11 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :