Anak-anak kami sudah tiada, mereka dibunuh kejam
Anak-anak kami sudah tiada, mereka dibunuh kejam
BANGKOK: Seluruh Thailand mula berkabung susulan insiden tembakan dan serangan pisau yang berlaku di sebuah pusat asuhan di timur laut negara ini sehingga mengorbankan 37 orang, termasuk 23 kanak-kanak.
Golongan ibu bapa berkumpul di luar pusat asuhan tersebut semalam, sambil menitiskan air mata dan memegang permainan kesayangan anak-anak mereka yang terkorban.
“Anak-anak kami sudah tiada, mereka dibunuh dengan kejam,” luah mereka.
Semua bendera di seluruh Thailand juga diturunkan separuh tiang sebagai tanda berdukacita dengan insiden yang berlaku.
Menurut polis, motif serangan masih belum dikenal pasti, namun suspek yang turut membunuh isteri dan anaknya sebelum dia membunuh diri dipecat sebagai anggota polis pada Jun lalu kerana salah guna dadah.
Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha dan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn bersama ratu turut mengunjungi wilayah Nong Bua Lamphu untuk berjumpa dengan semua keluarga mangsa.
Selain itu, sejumlah keranda dibawa ke rumah mayat hospital di Udon Thani untuk membawa mayat mangsa bagi upacara pengebumian.
Menurut para saksi, suspek menembak seorang guru wanita yang sarat mengandung lapan bulan sebagai sasaran pertamanya sebelum menyerbu bilik kanak-kanak yang sedang tidur.
Polis memberitahu, selain melepaskan tembakan, suspek juga menikam serta mengelar kebanyakan mangsanya.
Ketua di pusat asuhan tersebut, Nanticha Panchuman berkata, dia baru selesai menidurkan semua kanak-kanak ketika dia terdengar bunyi tembakan.
“Saya tidak pernah menyangka kejadian ngeri seperti ini akan berlaku. Saya benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.
“Kami semua mengenali suspek kerana anaknya juga diletakkan di pusat asuhan ini, namun sudah sebulan dia tidak menghantar anaknya.
“Suspek kelihatan seperti bapa yang lain, selain dia juga ramah berbual dengan para guru apabila menghantar anaknya,” ujar Nanticha.
Kanak-Kanak 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Dibunuh Kejam
Anak-anak kami sudah tiada, mereka dibunuh kejam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :