Chelsea, Spurs kutip tiga mata



LONDON: Chelsea meraih kemenangan ketiga dalam perlawanan keempat di bawah pengendali baharu, Graham Potter, dengan menewaskan Wolves 3-0.

Potter melakukan tujuh pertukaran ke atas skuad yang menewaskan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu, dengan Reece James, Raheem Sterling dan Pierre-Emerick Aubameyang antara yang direhatkan.

Chelsea mendahului permainan menerusi Kai Havertz di akhir babak pertama selepas dia menanduk hantaran Mason Mount.

Christian Pulisic menambah jaringan selepas bermain satu dua dengan Mount pada minit ke-54, dan Armando Broja meledak gol pertamanya untuk Chelsea dengan rembatan padu pada minit ke-90.



Selepas permulaan hambar di bawah kendalian Tuchel, Chelsea kini melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris hasil sentuhan Potter.

“Saya tidak rasa kami boleh berjaya dengan hanya 11 pemain. Kita tidak boleh menggunakan 11 pemain yang sama sehingga mereka jatuh dan cedera.

“Apabila anda bermain tiga perlawanan seminggu, anda perlu membuat menggunakan pemain lain yang lebih cergas dan terdesak untuk beraksi,” kata Potter.

Sementara itu Tottenham Hotspur kini tiga mata di belakang Manchester City selepas Harry Kane memastikan kemenangan 1-0 ke atas Brighton.



Pasukan di tangga ketiga kendalian Antonio Conte itu menang buat pertama kali dalam tiga perlawanan selepas tewas di Arsenal dan seri di Eintracht Frankfurt.

Kane meledak gol kelapannya musim ini pada minit ke-22, selepas kapten England itu menyempurnakan hantaran lintang Son Heung-min dengan tandukan tepat.

Ia adalah kekalahan pertama buat pengendali baharu Brighton, Roberto De Zerbi selepas berjaya mengikat Liverpool 3-3 pada perlawanan pertamanya.

Bournemouth kembali menambah tekanan ke atas pengendali Leicester City, Brendan Rodgers apabila menewaskan mereka 2-1 di Dean Court.



Selepas menang buat pertama kali musim ini Isnin lalu, Leicester yang berada di tangga kedua tercorot kini sudah tewas tujuh daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

Newcastle yang berada di tangga kelimat, membelasah Brentford 5-1 di St James’ Park.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker