‘Kami tidak jijik lihat mereka buang air besar merata’
‘Kami tidak jijik lihat mereka buang air besar merata’
HERU Setyawan bersama isterinya, Lamini sudah 15 tahun menjaga pesakit mental secara sukarela. – CNAPONOROGO: ‘Melihat orang buang air besar merata-rata seperti tidak kisah dengan keadaan sekeliling sudah menjadi pandangan biasa buat kami’.
Itulah luahan oleh pasangan suami isteri, Heru Setyawan dan Lamini yang mengerah kudrat mereka untuk menjaga sejumlah individu yang mempunyai masalah mental secara sukarela di rumah mereka sendiri.
Di Paringan, iaitu perkampungan yang sering digelar ‘kampung gila’, di Jawa Timur, Lamini dan suaminya sentiasa membuka pintu rumah mereka kepada golongan tersebut.
Pasangan suami isteri itu menamakan rumah mereka sebagai Margo Widodo yang bermaksud ‘jalan kebaikan’ dalam bahasa Jawa.
Di rumah tersebut, terdapat tiga bilik di bahagian belakang yang dibina untuk menempatkan golongan yang menghidap masalah mental.
Lamini dan suaminya sudah menjadi sukarelawan selama 15 tahun dan ketika ini, mereka menjaga seramai lapan wanita dengan masalah mental yang dihantar sendiri oleh keluarga mereka.
“Kebanyakan wanita ‘istimewa’ ini mempunyai masalah skizofrenia’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
- PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!
- Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?
“Pada mulanya, kami tidak selesa mempunyai orang asing tinggal bersama kami di rumah, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai masalah mental.
“Namun, siapa sangka, kini kami pula yang rasa seperti asing jika rumah kami kosong,” katanya.
Pasangan itu mula menjaga orang sakit jiwa sejak 2007 apabila Heru membawa balik dua lelaki dengan masalah mental pulang ke rumah mereka.
Tempoh 10 tahun pertama, mereka hanya menjaga pesakit mental lelaki sebelum kesihatan Heru mula merosot dan Lamini bertindak sebagai penjaga utama.
Sejak itu, mereka turut menjaga pesakit wanita dan semuanya dilakukan secara percuma.
Namun, kebanyakan keluarga pesakit akan menghulurkan sumbangan bagi menguruskan perbelanjaan harian mereka.
Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?
‘Kami tidak jijik lihat mereka buang air besar merata’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puad yakin pembangkang akan sertai PRU15
- PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?
- PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?