Bangunan pejabat terbesar dunia

Bangunan pejabat terbesar dunia

Bangunan pejabat terbesar dunia
KOMPLEKS sehenti berlian baharu di India yang bakal dirasmikan November depan. FOTO Instagram Surat Diamond Bourse

New Delhi: Sebuah kompleks perdagangan berlian bakal muncul sebagai bangunan pejabat terbesar dunia, sekali gus mengatasi rekod 80 tahun yang disandang oleh Pentagon.

Kompleks itu bakal dirasmikan Perdana Menteri, Narendra Modi pada November depan.

CNN melaporkan, kompleks itu yang terletak di Surat, Gujarat, mengambil masa empat tahun pembinaannya.



Surat dikenali sebagai hab permata dunia apabila 90 peratus daripada berlian dunia dipotong di kawasan itu.

Dinamakan sebagai Surat Diamond Bourse (SDB), ia akan menjadi pusat sehenti untuk lebih 65,000 profesional dalam bidang berlian termasuk pemotong, penggilap dan peniaga.

Bangunan 15 tingkat itu dibina di atas tamah berkeluasan 14 hektar dan mempunyai sembilan struktur segi empat.

Menurut laman web SDB, kompleks itu mempunyai zon rekreasi dan kawasan parkir.



Ketua pegawai eksekutif projek, Mahesh Gadhavi berkata, kompleks baharu itu akan menyelamatkan perjalanan ribuan orang perlu ke Mumbai dengan menaiki kereta api untuk menjalankan perniagaan setiap hari.

Katanya, bangunan itu direka syarikat seni bina India, Morphogenesis.

“Mengatasi Pentagon bukanlah sebahagian daripada objektif pembinaan, sebaliknya, saiz projek itu ditentukan daripada permintaan tinggi.

“Semua pejabat dalam kompleks itu sudah dibeli pemilik syarikat berlian sejak sebelum pembinaannya lagi,” katanya kepada CNN.



Bangunan pejabat terbesar dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button