Padah godam FB isteri

Padah godam FB isteri

Padah godam FB isteri
FOTO HIASAN

Mahkamah tempatan mendapati lelaki dikenali sebagai Hou, bersalah kerana melanggar privasi isterinya di media sosial.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu membuat log masuk ke akaun FB isterinya, dua kali, iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun tahun lalu untuk menghubungi anak perempuan dan ibu mentuanya.

Dia didakwa kerana menggunakan kata laluan isterinya untuk mengakses akaun FB wanita itu tanpa kebenaran, dan mengubah rekod digital dengan menggunakan akaunnya untuk menghantar mesej.



Lelaki itu mengaku bersalah atas kesalahan terhadap keselamatan komputer di bawah kod jenayah Taiwan, menurut Straits Times.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dengan pilihan untuk meringankan hukuman dengan membayar denda 1,000 dolar Taiwan (kira-kira RM146) sehari.

Laporan Taipei Times menyebut, pasangan itu berselisih faham pada Mei tahun lalu sebelum wanita itu bertindak meninggalkan rumah mereka di bandar Chiayi dengan membawa anak perempuan mereka yang masih kecil.

Wanita itu dikenali sebagai Yu, dilaporkan enggan menerima panggilan suaminya dan memutuskan semua perhubungan selepas pertengkaran itu.



Lelaki itu kemudian, menggodam akaun Facebook isterinya untuk menghantar mesej kepada anak perempuan dan ibu mentuanya.

Dalam mesej itu, menggunakan akaun FB isterinya dia sempat memohon maaf atas kelakuannya dan meminta ibu mentua dan anak perempuannya campur tangan menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Selepas mengetahui tentang pelanggaran privasinya, Yu dilaporkan memfailkan tuduhan jenayah terhadap Hou.

Keputusan mahkamah awal bulan ini menekankan perkahwinan bukan tiket untuk individu melanggar hak privasi pasangan.



Padah godam FB isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading