Konsert Sabyan & Seventeen Ditangguh!

Bukan 15 Oktober Ini…

Konsert Sabyan & Seventeen Ditangguh!

Konsert Sabyan & Seventeen Ditangguh!

Pihak penganjur Konsert Sabyan & Seventeen, RR Brothers Studio memutuskan untuk menangguh penganjuran konsert berkenaan.

Konsert itu sepatutnya berlangsung pada 15 Oktober 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.



Tempoh Persediaan Pendek & Pilihanraya Menjelang

Berdasarkan info yang diperoleh Murai MY daripada wakil RR Brothers Studio, Jimmy Edward, keputusan itu dibuat berikutan faktor persediaan yang agak pendek dan pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti juga dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti. Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu. Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” katanya.

Semoga proses mengadakan konsert ini pada tarikh yang baru berjalan dengan lancar, sama-sama kita nantikan!



Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

Konsert Sabyan & Seventeen Ditangguh!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button