Bapa angkat durjana

Bapa angkat durjana

Bapa angkat durjana

TANJONG KARANG: Dirogol dua minggu berturut-turut tanpa belas kasihan dalam bilik sendiri.

Itu nasib malang menimpa seorang wanita berusia 19 tahun apabila menjadi mangsa kerakusan bapa angkatnya di perumahan Sungai Tengi Kanan, di sini.



Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu mangsa berusia 41 tahun mengambilnya dan membawa ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kali terakhir mangsa dirogol suspek berusia 43 tahun adalah pada jam 1 pagi, 27 Mac lalu.

“Bapa angkat wanita itu masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Perkara ini berlaku dua minggu berturut-turut sejak mangsa duduk dengan suspek.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.



Ramli berkata, selepas kejadian suspek dilaporkan menghilangkan diri dan polis berusaha mengesannya namun gagal.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan di daerah Seri Alam, Johor pada 26 November lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Bapa angkat durjana

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading