Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
DAP pernah digelar sebagai parti cauvanis oleh mantan Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Dr Mahathir Mohamed.
Walau pun selepas itu ketika mahu menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU 14, Dr Mahathir melakukan kerjasama dengan parti yang beliau gelar sebagai cauvanis.
Namun bagi penulis, sikap cauvanis DAP tidak pernah luntur hanya kerana pernah melakukan kerjasama dengan Dr Mahathir.
Dasar ‘The Malaysian Malaysia DAP tidak pernah bertukar.
Impian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dengan gelaran Republik Malaysia tidak pernah berubah.
Ketika berkuasa di era Pakatan Harapan, DAP juga dengan beraninya menonjolkan sikap anti Raja Raja Melayu dan institusi monarki negara.
Tidak perlu penulis senaraikan sikap penentangan DAP terhadap institusi monarki negara di era Pakatan Harapan.
Benar, pemimpin utama mereka cuba menonjolkan sikap penerimaan terhadap institusi monarki, tetapi ianya dizahirkan oleh pemimpin di peringkat akar umbi dan penyokong tegar mereka.
Charles Santiago Mencabar Kuasa SPB YDP Agong?
Mantan MP Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi menghalang SPR daripada menjalankan PRU 15.
Beliau menamakan Ismail, kerajaan dan SPR sebagai responden.
Beliau mahukan deklarasi permintaan Ismail kepada YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan bercanggah dengan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Asas kepada saman itu adalah permintaan itu tidak dibuat atas nasihat Jemaah Menteri dan oleh itu, terbatal dan tidak sah.
Santiago menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada YDP Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).
Baca di sini:
Adakah Santiago Mempunyai Locus Standi Untuk Memfailkan Saman Tersebut?
Persoalan yang paling asas adalah apakah Santiago mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan SPR?
Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan untuk mempunyai locus standi dalam permohonan semakan kehakiman, pemohon perlu terkesan oleh keputusan, tindakan atau diabaikan dalam mana-mana pihak berkuasa awam yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas atau fungsinya.
Baca di sini:
Memang benar kedudukan Santiago sebagai ahli parlimen Klang terjejas akibat dari pembubaran parlimen.
Tetapi asas kepada saman Santiago adalah kerana Ismail Sabri tidak mendengar nasihat jemaah menteri ketika menasihati YDP Agong untuk membubarkan parlimen.
Santiago hanyalah seorang ahli parlimen biasa dan bukannya salah seorang dari jemaah menteri kabinet Ismail Sabri.
Jadi, adakah beliau mempunyai locus standi untuk memfailkan saman ke atas Ismail Sabri?
Kuasa Pembubaran Parlimen Adalah Kuasa Prerogatif YDP Agong
Dalam saman Santiago, beliau menyatakan kuasa pembubaran parlimen YDP Agong mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan MESTI mengikut Perkara 40 (1) dan (1A).
Di mana dalam menjalankan fungsi baginda sebagai YDP Agong, ianya hendaklah mengikut nasihat dari jemaah menteri atau seseorang yang dilantik sebagai wakil mewakili jemaah menteri.
Baca di sini:
http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara55-Ma.Html
Tetapi sama ada Santiago lupa atau sengaja menyembunyikan, Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan tidak hanya tamat di situ.
Terdapat juga ceraian 3 dalam perkara yang sama di dalam Perlembagaan Persekutuan.
‘Perlembagaan persekutuan membuat peruntukan bagi menghendaki YDP Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selain:
(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicara baginda.
(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.
Manakala dalam menterjemahkan Perkara 40 (30)(a), Perkara 40 (2) menjelaskan perkara yang boleh baginda tetapkan mengikut budi bicara baginda.
Baca di sini:
http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara40-Ma.Html
Dalam artikata lain, dalam menjalankan tugas baginda membubarkan parlimen, baginda tidak perlu mendengar nasihat jemaah menteri atau perdana menteri.
Baginda mempunyai hak membubarkan parlimen mengikut budi bicara baginda.
Kesimpulannya, walau pun sekiranya nasihat perdana menteri kepada YDP Agong adalah tidak sah kerana tidak mengikut nasihat jemaah menteri.
Namun pembubaran parlimen adalah tetap sah kerana baginda tidak tertakluk kepada nasihat sesiapa dalam membuat keputusan membubarkan parlimen.
Santiago Bukan Mencabar Kuasa Perdana Menteri Tetapi Mencabar Kuasa Agong
Sudah jelas lagi bersuloh, tujuan utama saman Santiago adalah supaya PRU 15 tidak dilakukan selaras dengan pembubaran parlimen oleh YDP Agong.
Kesimpulannya, Santiago bukan mencabar kuasa perdana menteri dalam menasihati YDP Agong dalam membubarkan parlimen.
Tetapi Santiago mencabar kuasa prerogatif YDP Agong untuk membubarkan parlimen!!!
Namun bagi penulis, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sememangnya dari dahulu sudah sangat jelas, sikap pemimpin DAP yang anti sistem monarki.
Apakah rakyat, khususnya pengundi Melayu masih lagi mempercayai mereka dan mahu memberikan mandat kepada mereka???
Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
Di Syorkan Untuk Anda:
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
- Hari Itu Mahathir Cakap UMNO Akan Menang, Sekarang Cakap UMNO Akan Kalah, Yang Mana Satu Betul Agaknya…
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula