Kane bantu Spurs atasi Everton

LONDON: Harry Kane meledak penalti yang memberikan peluang Tottenham mengejar gelaran Liga Perdana menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Everton ketika pasukan bergelut, Leicester kekal di zon penyingkiran selepas seri 0-0 bertemu Crystal Palace.

Kapten England, Kane memecah kebuntuan di London dan Pierre-Emile Hojbjerg menggandakan kelebihan selepas itu ketika Spurs kini satu mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Detik penting berlaku sebelum sejam perlawanan apabila pengadil, Paul Tierney membuat keputusan Kane dijatuhkan penjaga gol Everton, Jordan Pickford dan terus memberikan penalti.



Kane menyepak kencang ke sudut kiri untuk jaringan kesembilannya dalam Liga Perdana dalam satu lagi musim yang baik.

Hojbjerg melengkapkan kemenangan 2-0 pada minit ke-86 seterusnya memberikan skuad Frank Lampard kekalahan kedua berturut-turut.

Tottenham kini sama 23 mata dengan pasukan tangga kedua, Manchester City dan hanya satu mata di belakang seteru utara London, Arsenal.

Skuad kendalian Antonio Conte kini menang semua tujuh aksi di laman sendiri musim ini.



“Walaupun berdepan perlawanan sukar, kami bercakap mengenai lawan yang bagus, dan walaupun berdepan kecederaan, kami berjaya mengawal situasi,” kata Conte selepas Richarlison mengalami kecederaan betis ketika kedudukan masih 0-0.

“Ini bermakna pemain sudah meningkat dalam banyak aspek. Saya sangat bangga dengan pemain.”

Pada sepak mula lebih awal, Leicester masih berada di kedudukan antara bawah Liga Perdana selepas gagal menewaskan Palace.

Kemenangan tunggal Leicester musim ini hanya kejayaan 4-0 mengatasi Nottingham Forest awal bulan ini yang menunjukkan kejatuhan juara 2016 itu.



Skuad Foxes, yang memiliki pertahanan paling teruk dalam liga, kebal ketika berdepan Palace di King Power tetapi gagal mengambil peluang terhidang.

“Pemain bertarung, berlari dan memberikan apa sahaja,” kata bos Leicester, Brendan Rodgers.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading