7 Tanda Lelaki Sukakan Anda! (Tahap Gaban Punyer)

7 Tanda Lelaki Sukakan Anda! (Tahap Gaban Punyer)

“Saya bungkuskan dia makanan tengahari, saya copkan tempat duduk sebelah dia, tapi dia masih tak faham-faham yang saya sukakan dia. Stress la”

Biasa dengar perbualan macam ini? Kita dah cuba tunjukkan perasaan suka kita pada si dia tapi si dia masih tak faham-faham or buat tak faham. Hurmmm anda kategori yang mana satu? Yang disukai, yang menyukai atau suka sama suka? Jom hari ini Sensei nak ajar 10 Tanda bila lelaki dah sukakan anda tahap gaban punyer!!

7 Tanda Lelaki Sukakan Anda! (Tahap Gaban Punyer)

7 Tanda Lelaki Sukakan Anda! (Tahap Gaban Punyer)

1. Henfon tak pernah sunyi

Tanda pertama yang anda disukai seseorang adalah fon anda tu tak pernah sunyi! Like seriously, kalau lelaki sukakan anda tahap gaban dia senantiasa akan “harassing” anda dengan SMS, MMS, whatsapp, wechat dan pelbagai notifikasi terus ke fon anda. Itu belum lagi call sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Kalau anda sukakan seseorang tapi si dia tak pernah nak hantar sms or paling kurang like selfies anda di IG, maka lupakan saja la niat anda itu. Lelaki yang dah sukakan tahap gaban, tak mampu nak melindungi perasaannya sendiri dari diketahui ramai. Kalau ini tak berlaku, maybe dia tak berminat seperti yang anda sangkakan.

2. Ajak bertemu.

Ini adalah kesan seterusnya lepas henfon tak pernah sunyi. Dia akan cuba aturkan supaya bertemu anda sesegera mungkin. Sama ada ajak dating tengok wayang ataupun teman dia cari “baju baru” yang sebenarnya dia tak perlu nak beli pun. Dia akan create chances untuk bertemu anda secara sengaja atau tak sengaja. Ini adalah hakikatnya bila si dia dah bertaut hatinya dengan ada.. Rindu pun tak tertanggung.

3. Dia “stalk” anda

Sama ada dia curi gambar passport anda yang telah ditampal di carta organisasi sekolah atau pejabat, dia juga akan membelek-belek gambar anda di laman sosial sama ada selfie atau wefie. Malah, komen yang anda tinggalkan pada timeline kawan atau sedara juga dia akan stalk. Di sini dia akan cuba menafsirkan peribadi dan personaliti anda melalui gambar-gambar yang telah anda kongsikan. Selain itu, dia akan follow sentiasa updates terkini tentang anda seperti status updates, gambar terkini dan seumpamanya. Ibarat stalker favourite anda.

4. Berkongsi barang yang bermakna padanya

Tak kiralah sama ada keychain kesayangan, laptop peribadi atau patung Crocodile yang biasa dia letakkan di dashboard kereta, apa-apa saja barang yang bermakna padanya dan dia berikan pada anda, itu bermakna dia sudah menganggap anda sebahagian daripada hidupnya. Lelaki suka menyimpan barang yang ada maksud tersendiri dalam hidupnya, dan mereka tidak suka berkongsi. Tetapi,sekali saja dia berkongsi dengan ada, fahamilah maksudnya, dia serius!!

5. Sedondon 

Mungkin anda tak percaya tetapi lelaki yang benar-benar dah jatuh head over heels dengan anda suka kalau wanita idamannya dapat bergaya sedondon. Tak kiralah kalau terpakai jenama handphone yang sama ke, jenama kereta yang sama ke, kebetulan pakai warna baju yang sama ke, dia akan teruja sangat. Lelaki ni nampak je macho tapi mereka juga ada sensitive side yang anda tak perasan, Lepas ni kalau anda perasan tiba-tiba raya tahun ni dia pakai tema warna sama dengan anda, mulalah suspicious yer!



6. Tak layan perempuan lain

 
Kalau anda betul-betul perasan, lelaki yang sukakan anda akan mula kurangkan aktiviti melayan wanita lain. Ini kerana dia tak nak anda tersinggung atau salah anggap hubunggannya dengan wanita itu. Kalau sebelum ini, dia ada kawan baik wanita, dia akan mula slow down aktiviti melepak dengan perempuan lain selain anda. SMS, Wechat, facebook dan apa saja permintaan perempuan lain juga tidak akan diendahkan. Dia lebih mengutamakan masa dengan anda.. Kalau lelaki yang anda suka masih belum lakukan perbuatan ini, ini bermakna dia belum betul-betul suka tahap gaban..

7. Bercerita tentang anda dengan orang yang dipercayai

Bila lelaki sukakan seorang wanita tahap gaban, dia akan mula bercerita tentang wanita itu dengan orang yang dipercayainya seperti emak dan kawan baiknya. Dia akan mula bertanya pendapat mereka tentang anda kerana perasaan mereka pada anda ketika ini mulai serius dan dia takut jika kecewa nanti. Jangan terkejut kalau tiba-tiba anda dibawa lepak bersama kawan baiknya atau dia datang beraya ke rumah bersama ibu bapanya.

Kalau sudah ada tanda-tanda yang Sensei berikan di atas, percayalah yang lelaki itu dah betul-betul sukakan anda.. Jika anda pun sukakan dia, jangan tunggu lebih lama dan terus ke langkah seterusnya iaitu bercinta dan berkahwin..

Bainun ‘naik hantu’ selepas Bella tarik langsir – Saksi

7 Tanda Lelaki Sukakan Anda! (Tahap Gaban Punyer)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button