BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
Ahli MKT UMNO, Isham Jalil merupakan salah seorang pemimpin muda yang diharapkan menjadi pemimpin pelapis dari UMNO untuk masa hadapan.
Kebolehan Isham dalam menangkis serangan parti lawan dengan fakta dan tanpa menggunakan bahasa kasar amat disegani kawan dan digeruni musuh politik UMNO.
Malah, dari maklum balas yang penulis terima dari golongan profesional, pengundi muda dan juga pengundi atas pagar berbilang bangsa, mereka amat menyenangi Isham Jalil.
Pengakuan jujur dan ikhlas dari golongan pengundi tersebut adalah dalam PRU 14, bukan mereka tidak mahu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka tahu dan sedar menerusi rekod perkhidmatan, BN mempunyai keupayaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
Sebagai golongan profesional dan pengundi bipartisan, mereka sedar tidak semua fitnah yang dilemparkan kepada BN ketika itu adalah benar.
Golongan ini juga tahu segala janji bulan bintang yang diberikan PH dalam PRU 14 adalah sangat mustahil untuk ditunaikan.
Tetapi mereka sangat bosan dengan sikap ‘warlord’ di dalam UMNO.
Begitu juga sikap tipikal penyokong UMNO yang dilihat terlalu mendewa-dewakan pemimpin mereka.
Golongan ini juga berpendapat perangai ‘cah keting’, pancung memancung sesama pemimpin UMNO sebenarnya membunuh parti itu sendiri.
Pemimpin muda yang berpotensi dipancung dan dimatikan karier politik mereka tanpa diberi peluang untuk bersaing secara adil.
Rakyat Sudah Sedar Kesilapan Yang Telah Di Lakukan Dalam PRU 14
Jadi mereka membuat keputusan untuk memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) di dalam PRU 14.
Dengan harapan kalau pun PH tidak mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik, sekurang-kurang hampir menyamai BN.
Namun harapan mereka hancur selepas PH dilihat lebih rakus dari pemimpin BN.
Malah PH dilihat tidak tahu menggunakan kuasa yang diberikan dengan baik.
Pemimpin PH dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam pentadbiran mereka.
Lebih teruk dari itu, dasar-dasar kerajaan PH bukan membantu, tetapi menyusahkan rakyat.
Kini mereka sudah bersedia untuk kembali memberikan mandat kepada BN kerana tahu hanya BN mampu memulihkan segala kekalutan.
Sekiranya BN gagal memulihkan keadaan dalam 5 tahun pertama selepas PRU 15, mereka boleh menerimanya.
Kerana mereka sedar, kehancuran yang telah dibuat oleh PH dan PN terlalu besar.
Dan ianya tidak mungkin dapat dipulihkan dalam masa yang singkat.
Tetapi mereka harap sekurang-kurangnya sebahagian dapat dipulihkan dan mereka mampu BN mampu melakukannya.
Pengundi Atas Pagar Tertanya-Tanya Apakah Mesej Mereka Dalam PRU 14 Tidak Di Fahami Pemimpin BN?
Tetapi apabila tersebar berita Isham Jalil akan diletakkan di kawasan yang mustahil untuk beliau menang dalam PRU 15, mereka kembali kecewa.
Baca di sini:
Mereka tertanya-tanya, apakah BN tidak faham dengan mesej yang mereka sampaikan di dalam PRU 14?
Kenapa pemimpin UMNO masih lagi mahu membunuh karier politik pemimpin muda yang berpotensi seperti Isham Jalil?
Mereka tahu UMNO Selangor pernah cuba membunuh karier politik Isham dengan melucutkan jawatan Ketua Penerangan BN Selangor dengan alasan yang tidak munasabah.
Mereka memuji sikap presiden UMNO yang nampak permainan pemimpin UMNO Selangor dan meletakkan Isham di kerusi MKT UMNO.
Kini sikap pemimpin UMNO Selangor yang mahu meletakkan Isham di kawasan yang mustahil untuk di menangi membuktikan sikap dendam mereka terhadap Isham.
Pesanan mereka kepada BN Selangor, jika begini sikap pemimpin UMNO Selangor berterusan begini, teruskanlah bermimpi untuk merampas kembali Selangor.
Kepada pemimpin UMNO pusat, mereka berharap pemimpin begini mestilah segera dibersihkan dari UMNO atau niat untuk menawan Putrajaya akan hanya menjadi impian.
BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!
- Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
- Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA
- Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!