Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen

Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen

Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen

Akhirnya keputusan PAS untuk menggunakan lambang bulan di Kelantan, terengganu dan Kedah sudah dibuat secara rasmi oleh kepimpinan pusat PAS.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1012156/pas-guna-lambang-bulan-pertahan-kerusi-parlimen-di-kedah-kelantan

Keputusan ini boleh dianggap sebagai kejayaan ahli PAS dalam mendesak kepimpinan mereka untuk mendengar suara mereka.

Namun khabar angin bertiup kencang, PPBM juga dikatakan akan menggunakan lambang bulan untuk calon mereka di ketiga-tiga negeri tersebut.

Baca di sini:



https://www.agendadaily.com/politik/pas-kelantan-bantu-calon-bersatu-tanding-guna-lambang-bulan/

Sekiranya berita ini benar, bagi penulis ianya bukanlah satu berita yang mengejutkan, malah ianya sudah diduga.

Sebahagian Pengundi Atas Pagar Masih Simpati Dengan Lambang Bulan Tetapi Menolak Lambang PPBM

Sentimen yang berada di peringkat akar umbi sekarang ini ialah majoriti pengundi menolak siapa juga calon yang akan dicalonkan oleh PPBM.

Hujah mereka adalah sangat jelas:



  1. Pengundi tahu sikap pemimpin PPBM yang terlalu asyik berpolitik sehingga mengabaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin.
  2. Sikap mementingkan diri dan kedudukan sendiri hingga sanggup mengurung rakyat dari mencari rezeki sudah cukup untuk membuatkan PPBM ditolak.
  3. Langkah Sheraton dan ‘scheme of thing’ PPBM menjadi bukti yang sangat jelas atas sikap mereka.
  4. Pengundi berpendapat segala kekalutan politik negara berpunca dari ‘scheme of thing’ yang diperkenalkan PPBM.

Berdasarkan 4 alasan pengundi atas pagar di atas, maka tidak menghairankan mengapa sebelum ini Muhyiddin ‘memaksa’ PAS untuk menggunakan lambang PN.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/22/pas-setuju-guna-logo-pn-baharu-pada-pru15/

PPBM sedar, satu-satunya harapan untuk calon mereka menang dalam PRU 15 adalah dengan mengelirukan pengundi di atas pagar.



Sekiranya PAS tidak menggunakan lambang PN, mudah untuk pengundi atas pagar mengenal pasti calon yang bertanding adalah calon PAS.

PPBM sedar, PAS masih lagi mempunyai sokongan dari segelintir pengundi atas pagar.

Lambang bulan masih lagi mampu menarik sebahagian kecil undi, tetapi tidak lambang bunga PPBM.

Malah lambang bunga PPBM akan membuatkan calon PPBM akan kehilangan sokongan dari sebahagian ahli PAS yang tidak menyenangi mereka.



Pengalaman penulis di PRN Melaka dan PRN Johor adalah bukti yang cukup jelas mengenai situasi ini.

Jentera pilihanraya PAS di kedua-dua PRN tersebut tidak menyenangi sikap ahli PPBM yang mereka dakwa lebih banyak memberikan arahan dari bekerja bersama-sama.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan undi kepada calon BN kerana perasaan yang tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan mereka.

PPBM Panik Apabila PAS Bertegas Menggunakan Lambang Bulan

Kini apabila PAS sudah memuktamadkan untuk menggunakan lambang sendiri, maka PPBM akan menghadapi risiko mengalami kekalahan yang memalukan di PRU 15.



Malah ianya adalah sesuatu yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi kerana pengundi atas pagar dapat membezakan antara calon PAS dan PPBM.

Jadi tidak mengejutkan apabila PPBM membuat keputusan untuk menggunakan lambang bulan untuk calon mereka.

Sekali lagi mereka berharap dapat mengelirukan pengundi atas pagar supaya memberikan undi kepada calon PPBM.

Mungkin penipuan ini boleh berjaya, kerana ahli PAS boleh mengenal pasti calon PAS, tetapi tidak pengundi atas pagar.

Cuma persoalannya, sekiranya PPBM sebagai parti tunggak PN sudah tidak yakin dengan lambang PN, apakah PN masih relevan lagi?

 

Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button